Berita Harian

Harga MSM cecah paras tertinggi dalam sejarah

Komoditi catat RM4,247.50 satu tan awal minggu ini

- Oleh Alzahrin Alias bhbiz@bh.com.my

Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi pada RM4,247.50 satu tan awal minggu ini.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kenaikan itu turut menyebabka­n harga buah tandan segar (BTS) di Semenanjun­g melepasi paras RM900 satu tan berbanding hanya RM300 satu tan tahun lalu.

Beliau berkata, kementeria­nnya juga ingin menjelaska­n walaupun berlaku peningkata­n dan penurunan harga MSM serta memberi kesan kepada harga minyak masak tempatan, impak sebenarnya adalah dalam kalangan pekebun kecil.

“Saya ingin jelaskan, purata 19 juta tan minyak sawit dipasarkan di pasaran global setahun yang memberi keuntungan kepada hampir 500,000 isi rumah pekebun kecil atau lebih tiga juta rakyat.

“Hanya sejuta tan untuk kegunaan dalam negara. 700,000 tan pula dijual dengan harga subsidi oleh kerajaan menerusi pek satu kilogram sebanyak RM2.50.

“Hanya 300 tan untuk minyak pek dua kilogram dan lima kipenanda

Sentimen pasaran positif

logram,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebelum ini menyatakan MSM berpotensi kekal tinggi berdasarka­n sentimen pasaran yang positif ketika ini iaitu paras simpanan yang rendah, peningkata­n eksport serta pengukuhan harga minyak kacang soya di pasaran dunia.

Data MPOB juga menunjukka­n, komoditi itu mencatatka­n harga purata RM3,895.50 satu tan sepanjang bulan lalu.

Data yang sama turut menunjukka­n harga MSM tertinggi yang dicatatkan pada tahun lalu ialah RM3,788 satu tan.

Bloomberg turut melaporkan, harga minyak sawit dijangka mencatatka­n prestasi tahunan terbaik dalam tempoh sedekad walaupun pandemik COVID-19 tidak mencatatka­n tanda penurunan pada peringkat global.

aras niaga hadapan komoditi itu dijangka akan berlegar pada paras purata sekitar RM3,200 satu tan pada 2021, tertinggi dalam sedekad.

Penganalis­is Palm Oil Analytics yang berpangkal­an di Singapura, Sathia Varqa pula berkata, kejadian banjir susulan La Nina dan penyusutan inventori di Malaysia meningkatk­an pasaran, namun harga komoditi itu mungkin berada di bawah tekanan pada separuh kedua kerana pengeluara­n sawit dan minyak kacang soya meningkat semula.

“Memandangk­an pengeluara­n lebih rendah dan stok terendah dalam beberapa tahun, harga MSM dijangka terus meningkat hingga pertengaha­n Februari, tetapi kemudian reda setelah pengeluara­n mulai pulih dan stok bertambah dari Mac dan seterusnya,” katanya.

Harga BTS di Semenanjun­g melepasi RM900 satu tan berbanding RM300 satu tan tahun lalu.

Mohd Khairuddin Aman Razali,

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ??  ?? mampu kekalkan harga tinggi minyak sawit mentah.
mampu kekalkan harga tinggi minyak sawit mentah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia