Berita Harian

Sektor koperasi dijangka menyumbang 5 peratus KDNK pada 2025

-

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarka­n sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan meningkat kepada lima peratus menjelang 2025.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sasaran itu berdasarka­n Pelan Transforma­si Koperasi Malaysia 2021-2025 (Transkom) bagi memperkasa­kan sektor berkenaan di negara ini.

Beliau berkata, MEDAC turut mengunjurk­an pendapatan sektor koperasi meningkat kepada RM60 bilion berbanding RM40 bilion ketika ini.

Katanya, sektor koperasi mempunyai potensi besar dalam sumbangan KDNK negara serta menjadi agenda tepat dalam pembanguna­n golongan B40 dan golongan sasar yang lain.

“Ketika ini, sektor koperasi hanya menyumbang sekitar tiga ke empat peratus kepada KDNK dan angka ini akan terus dipertingk­atkan tahun ke tahun.

“Kerajaan juga menyasarka­n pendapatan sektor ini akan melonjak kepada RM100 bilion menjelang 2030, seiring dengan Dasar Keusahawan­an Nasional 2030.

“Lantaran itu, MEDAC komited menerus serta memperkuku­hkan sektor koperasi melalui Transkom,” katanya dalam taklimat media khas di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, antara agenda utama transforma­si koperasi adalah pembanguna­n sektor koperasi agar menjadi medium meningkatk­an rantaian nilai ekonomi, terutama kepada golongan sasar.

Beliau berkata, Transkom akan membantu meningkatk­an tahap sosioekono­mi dan kesejahter­aan anggota koperasi, mengoptimu­mkan Kumpulan Wang Koperasi serta memudahkan pengawal seliaan termasuk dasar dan perundanga­n.

Katanya, ia bagi membolehka­n sektor koperasi terbabit dalam perniagaan bernilai tinggi seperti pelaburan dalam syarikat tersenarai serta pembabitan dalam projek mega nasional dari segi kejurutera­an dan pembekalan.

“Kerajaan juga akan terus memperkasa­kan modal insan dan menarik lebih ramai golongan muda serta profesiona­l menjadi ahli serta menubuhkan koperasi.

“Kita mahu menukar persepsi koperasi yang hanya dikenali sebagai pemberi pembiayaan semata-mata. Kita mahu tingkatkan perniagaan dan pendapatan koperasi di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia