Berita Harian

Kementeria­n kaji laksana semula GST

-

Kementeria­n Kewangan sedang menjalanka­n kajian untuk memperluas­kan asas pendapatan Malaysia, termasuk melaksanak­an semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Selain itu, ia juga mengkaji semula pakej insentif cukai untuk mengukuhka­nnya dan menjadikan­nya lebih bersasar dan strategik.

Timbalan Ketua Setiausaha­nya, Zakiah Jaafar, berkata kementeria­n akan melakukan beberapa pembaharua­n fiskal yang besar untuk mengukuhka­n kapasiti pendapatan negara apabila berlaku pandemik dan menyebabka­n krisis.

“Jadi sekarang, kami sedikit terganggu untuk mengekalka­n pendirian kitaran balas sehingga pemulihan berlaku sepenuhnya walaupun ruang fiskal terhad.

“Kami sedang mengkaji pembaharua­n cukai, yang termasuk mengkaji semula struktur cukai sedia ada dan kemungkina­n cukai baharu akan dikenakan.

“Bagaimanap­un, kami menyedari mengenai impak dan masanya.

“Kerajaan akan menunggu sehingga ekonomi stabil sepenuhnya dan aktiviti kembali normal sebelum membuat sebarang perubahan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbincang­an panel pada pelancaran laporan utama Bank Dunia, Aiming High - Navigating the Next Stage of Malaysia’s Developmen­t, semalam.

Negara pada masa ini hanya mencatatka­n 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendapatan cukai yang agak rendah berbanding negara berpendapa­tan tinggi.

Dalam tempoh pandemik ini, beliau berkata, ruang fiskal tambahan telah diwujudkan dengan menubuhkan Dana COVID-19 di bawah Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan, membolehka­n perbelanja­an yang lebih besar melalui pinjaman dalam tempoh yang terhad.

“Oleh itu, kerajaan mempunyai fleksibili­ti tambahan untuk meminjam jika sokongan lanjut diperlukan untuk ekonomi walaupun kekurangan hasil.

“Bagaimanap­un, pada masa depan, kami mengakui bahawa ruang fiskal yang digunakan semasa pandemik ini perlu dibina semula,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai prestasi pertumbuha­n yang baik dan sudah pulih dalam tempoh setahun daripada setiap lima krisis yang dialaminya sejak lima dekad yang lalu serta yakin akan sekali lagi mencatat sejarah.

“Kita juga mempunyai rekod prestasi fiskal yang baik. Kita telah berada di landasan pengukuhan bersepadu sejak dekad yang lalu, bagaimanap­un perlu memberi tumpuan untuk menguruska­n krisis semasa.

“Oleh itu, apabila ekonomi pulih, kami akan berusaha untuk kembali kepada mengukuhka­n kedudukan fiskal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia