Berita Harian

Kidzania Kuala Lumpur kembali terima pengunjung

Pusat hiburan sambil belajar lebih luas di bawah pemilik baharu

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kidzania Kuala Lumpur, pusat hiburan sambil belajar tertutup untuk keluarga dibuka semula dengan pemilik baharu, Sim Leisure Group.

Syarikat itu pernah meraih pelbagai anugerah, memecahkan rekod dunia dan terkenal dengan jenama taman tema ESCAPE dan projek lain di serata dunia.

Dengan gabungan pembelajar­an dan hiburan dalam sebuah replika bandar yang beroperasi dengan keluasan 80,000 kaki persegi, Kidzania Kuala Lumpur kini kembali dengan saiz lebih besar.

Pusat riadah ini juga lebih meriah dengan aktiviti baharu di mana kanak-kanak boleh mempelajar­i dan menimba pengalaman bekerja yang berbeza, menguruska­n kewangan dan mengendali­kan pekerjaan sebenar sambil membina kemahiran hidup yang penting dan tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah.

Ibu bapa kini dapat memainkan peranan lebih aktif bersama anak mereka dalam pelbagai pengalaman lakon peranan baharu yang ditawarkan Kidzania Kuala Lumpur, menjadikan masa diluangkan sekeluarga benar-benar berkualiti.

Untuk menarik pengunjung, Kidzania Kuala Lumpur menawarkan potongan harga tiket melalui sistem penjualan dalam talian baharu di laman webnya yang bermula RM36 hingga RM46 untuk kanak-kanak berumur dua sehingga tiga tahun; RM75 sehingga RM95 bagi anak berusia empat sehingga 17 tahun dan RM46 sehingga RM58 untuk orang dewasa berusia 18 sehingga 60 tahun.

Sementara itu, bayi berumur sehingga 12 bulan, warga emas berumur lebih 60 tahun dan pemegang kad OKU dibenarkan masuk secara percuma.

Gabenor Kidzania Kuala Lumpur dan Ketua Pegawai Eksekutif Sim Leisure Group, Sim Choo Kheng, berkata pusat riadah itu dibuka dengan rasminya untuk memberikan pengalaman lebih baik dan lebih selamat kepada semua.

“Dengan pelonggara­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga kini sedang mencari aktiviti santai.

“Pada masa sama juga kami akur kebimbanga­n tentang keselamata­n dan perlindung­an di kalangan pengunjung.

“Langkah keselamata­n adalah keutamaan bagi kami terutama membabitka­n kanak-kanak.

“Dengan ini, kami ingin memberi jaminan kepada ibu bapa dan semua pengunjung bahawa kami telah melaksanak­an segala langkah berjaga-jaga yang patut untuk memastikan persekitar­an adalah selamat dan kondusif untuk pengunjung, kakitangan dan semua di Kidzania Kuala Lumpur,”

katanya.

Menurut pemilik dan pengendali baharu Kidzania Kuala Lumpur, pusat riadah itu telah melaksanak­an prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ketat untuk semua kakitangan dan pengunjung bagi memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan semua.

“Antara SOP yang ditetapkan adalah proses persiapan dan sanitasi terperinci oleh kakitangan di semua kemudahan, pertubuhan dan kawasan dalam bangunan Kidzania Kuala Lumpur.

“Protokol ketibaan yang ketat untuk pengunjung dan penjarakan fizikal turut dikuatkuas­akan, sementara itu jumlah maksimum orang yang dibenarkan berada di dalam kawasan tertentu pada satu masa telah dihadkan,” katanya.

 ??  ?? Kidzania Kuala Lumpur dibuka dengan SOP ketat bagi menjamin keselamata­n dan keselesaan pengunjung.
Kidzania Kuala Lumpur dibuka dengan SOP ketat bagi menjamin keselamata­n dan keselesaan pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia