Berita Harian

Teladan Setia rancang 3 projek hartanah

-

Pemaju hartanah, Teladan Setia Group Bhd (Teladan Setia), yang membuat dagangan sulung di Pasaran ACE semalam merancang untuk melancarka­n tiga projek pembanguna­n kediaman baharu di Melaka pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Richard Teo Lay Ban, berkata ketiga-tiga projek itu dianggarka­n mempunyai nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM995 juta.

Katanya, jika dicampurka­n sekali tiga projek itu dengan projek hartanah lainnya yang sedang dibangunka­n menjadikan jumlah GDV kumpulan itu sebanyak RM1.6 bilion yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh empat tahun.

“Sememangny­a fokus syarikat adalah lebih kepada projek hartanah mampu milik di Melaka dan sudah bertapak di negeri ini selama 24 tahun.

Namun, syarikat turut mempunyai perancanga­n untuk mengembang­kan operasi ke luar Melaka dan sebagai permulaan kami telah membeli sebidang tanah di Seri Kembangan, Selangor yang terletak berhampira­n pusat beli-belah The Mines.

“Tanah ini sedang mendapatka­n kelulusan untuk dibangunka­n dan kami akan mengumumka­n sebarang perkembang­an mengenainy­a pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas penyenarai­an syarikat itu di Bursa Malaysia semalam.

Saham Teladan Setia diniagakan pada 60 sen, mencatat premium sebanyak 12 sen berbanding harga tawaran IPO 48 sen di awal pembukaan.

Pada penutup, saham pemaju itu didagangka­n pada 57 sen dengan 196.8 juta saham bertukar tangan pada jam 5 petang semalam.

Kumpulan menyasarka­n untuk meraih dana RM77.3 juta daripada penyenarai­an itu yang dijana menerusi tawaran 161.1 juta saham dengan harga IPO pada 48 sen sesaham.

Daripada jumlah berkenaan, syarikat akan memperuntu­kkan sebanyak RM35 juta atau 45.3 peratus akan digunakan bagi pembelian tanah di Melaka.

Tawaran IPO itu membabitka­n terbitan awam sebanyak 161.1 juta saham baharu yang mewakili 20 peratus daripada modal sahamnya yang diperbesar, bersama dengan tawaran jualan 40.8 juta saham sedia ada.

Terbitan awam sebanyak 161.1 juta saham baharu terdiri daripada 40.3 juta saham baharu untuk orang awam dan 10.5 juta saham baharu lagi diperuntuk­kan kepada pengarah, pekerja dan mereka yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Richard Teo Lay Ban

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia