Berita Harian

Saham mewah melonjak saat akhir

FBM KLCI meningkat 3.04 mata untuk ditutup paras 1,623.96

-

Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang semalam bercampur-campur selepas beberapa saham mewah utama mencatatka­n peningkata­n pada minit terakhir.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 3.04 mata kepada 1,623.96 daripada 1,620.92 ketika ditutup kelmarin.

Pagi semalam, indeks utama dibuka 2.88 mata lebih tinggi pada 1,623.80 dan bergerak antara 1,617.92 dan 1,625.52.

Di pasaran meluas, kaunter rugi

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam dipacu oleh pengeluara­n tinggi, berdasarka­n perangkaan Persatuan Pengilang Minyak Sawit Semenanjun­g Selatan (SPPOMA) yang dikeluarka­n semalam.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkal­an di Singapura, Dr Sathia Varqa, berkata peningkata­n 62 peratus dalam laporan output bagi 1 hingga 15 Mac berbanding tempoh sama pada Februari mendorong pasaran tempatan rendah.

“Penanda aras bulan baharu, Jun 2021 merosot untuk ditutup pada paras terendah dalam tempoh enam hari dan melepasi 100 mata di bawah paras RM4,000 (satu tan), setelah mencatat kenaikan sembilan hari berturut-turut, terkesan oleh data SPPOMA yang menunjukka­n peningkata­n pengeluara­n pada Mac 2021,” katanya.

Pada penutup, kontrak hadapan MSM bagi April 2021 merosot RM81 kepada RM4,170 satu tan, Mei 2021 menyusut RM129 kepada RM4,009 satu tan, Jun 2021 jatuh RM123 kepada RM3,897 satu tan, sementara Julai 2021 jatuh RM116 kepada RM3,790 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 88,732 lot daripada 66,229 lot kelmarin, sementara kepentinga­n terbuka meningkat kepada 284,988 kontrak daripada 256,845 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Selatan Mac merosot sebanyak RM100 kepada RM4,200 satu tan.

BERNAMA mengatasi untung dengan 724 berbalas 457 sementara 412 kaunter tidak berubah, 622 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 11.88 bilion saham bernilai RM5.56 bilion daripada 10.29 bilion saham bernilai RM5.22 bilion pada Isnin.

Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata keuntungan yang dicatatkan di FBM KLCI didahului terutama oleh Sime Darby yang mengukuh 7.4 peratus atau 17 sen kepada RM2.48.

Adam berkata, sentimen di bursa tempatan turut mengambil petunjuk daripada peningkata­n di Wall Street yang mencatatka­n kenaikan dalam urus niaga semalaman.

Beliau menambah, pelabur menjangkak­an Rizab Persekutua­n AS dan bank pusat lain seperti di Indonesia dan Taiwan yang mengadakan pertemuan minggu ini,

Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur semalam ketika pasaran niaga hadapan getah serantau mengalami sentimen positif susulan prestasi ekuiti global yang lebih kukuh.

Peniaga berkata, pasaran menyambut baik laporan mengenai langkah sokongan ekonomi seterusnya oleh negara zon euro selain memantau unjuran ekonomi baharu yang dibuat pada mesyuarat dua hari Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS).

“Saham Asia meningkat hari ini (semalam) menjejaki kenaikan indeks utama di Wall Street untuk mencecah paras tinggi baharu, selain pelabur memantau mesyuarat bank pusat utama minggu ini, dimulai dengan Rizab Persekutua­n AS,” katanya.

Harga rujukan bagi getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 meningkat 7.5 sen kepada RM7.27 sekilogram, akan mengekalka­n dasar yang akomodatif untuk membantu memacu pemulihan ekonomi global selepas berakhirny­a pandemik.

“Pelabur turut memantau secara dekat sebarang komen daripada penggubal dasar monetari AS mengenai kenaikan kadar hasil baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, HLFG turun 56 sen pada RM17.40, Press Metal lemah 10 sen kepada RM10, Petronas Dagangan menyusut 36 sen kepada RM20.30, Maybank lega tiga sen kepada RM8.45 dan Nestle lebih rendah RM1.40 kepada RM135.70.

Hartalega berkuranga­n lapan sen kepada RM9.75 and Public Bank merosot satu sen kepada RM4.31.

Axiata lebih tinggi sebanyak sembilan sen kepada RM3.85 dan TNB menokok 14 sen kepada RM10.80.

Teladan Setia yang mula disenaraik­an di Pasaran Ace semalam menokok sembilan sen kepada 57 manakala susu getah pukal susut empat sen kepada RM6.91 sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutupan oleh LGM bagi SMR 20 berada pada RM7.21 sekilogram, manakala susu getah pukal pada RM6.92 sekilogram. BERNAMA

Ringgit merosot daripada peningkata­n kelmarin untuk ditutup rendah semalam berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur berhati-hati terhadap hasil mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n (FOMC) AS yang bermula semalam, demikian kata penganalis­is.

Pada jam 6 petang, unit tempatan diniagakan rendah kepada 4.1120/1160 berbanding unit negara maju daripada 4.1110/1160 sewaktu ditutup pada Isnin.

Penganalis­is berkata, di sebalik mesyuarat FOMC selama dua hari sen, Scomi menambah 7.5 sen kepada 11 sen dan Widad meningkat 3.5 sen kepada 71.5 sen.

Dagang Nexchange pula meningkat setengah sen kepada 98 sen dan BCM lebih rendah tujuh sen kepada 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.86 mata kepada 11,901.67, FBMT 100 menokok 22.95 mata kepada 11,584.25 dan FBM Emas Syariah lebih tinggi sebanyak 50.34 mata kepada 13,179.97.

FBM 70 meningkat 36.02 mata kepada 15,660.55 dan FBM ACE pulih 120.91 mata kepada 10,747.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 43.01 mata kepada 15,602.97, Indeks Perladanga­n mengukuh 74.38 mata kepada 7,230.27 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menyusut 0.45 mata menjadi 191.99.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 8.14 bilion itu, pelabur turut memantau rapat mesyuarat bank pusat utama lain pada minggu ini termasuk Bank of England yang bakal mengadakan pertemuan pada Khamis dan Bank of Japan yang akan memulakan mesyuarat dasar selama dua hari pada hari yang sama.

Seorang lagi penganalis­is, berkata mata wang tempatan masih menerima sokongan daripada langkah pertukaran kadar Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa Isnin, yang membolehka­n pelabur mendapat portfolio bon lindung nilai lebih baik.

Beliau berkata, membenarka­n akses bank dalam negara terhadap pasaran derivatif itu akan meningkatk­an mudah tunai yang diperlukan di pasaran pertukaran kadar faedah Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, langkah BNM berkenaan turut menangani sebahagian kebimbanga­n lindung nilai pelabur asing memandangk­an FTSE Rusell akan menerbitka­n kajian pendapatan tetap dua kali setahun pada 29 Mac dan Malaysia kekal berada dalam senarai pemantauan untuk kemungkina­n dikecualik­an daripada indeks bon.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0579 daripada 3.0558/0602 yang dicatatkan pada Isnin lalu dan menokok berbanding yen kepada 3.7652/7699 daripada 3.7678/7727.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound kepada 5.6857/6928 daripada 5.7274/7361, namun ia susut berbanding euro kepada 4.9044/9108 daripada 4.9028/9106 sebelum ini. BERNAMA saham bernilai RM4.3 bilion berbanding 5.97 bilion saham bernilai RM4.1 bilion kelmarin.

Perolehan waran merosot kepada 343.66 juta unit bernilai RM56.85 juta daripada 361.20 juta unit bernilai RM61.89 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 3.39 bilion saham bernilai RM1.24 bilion daripada 3.96 bilion saham bernilai RM1.06 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmat­an pengguna merangkumi 1.37 bilion saham yang diniagakan Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (1.45 bilion), pembinaan (427.93 juta), teknologi (1.04 bilion), SPAC (sifarl), perkhidmat­an kewangan (75.83 juta), hartanah ( 556.39 juta), perladanga­n (183.47 juta), REIT (9.6 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (2.58 bilion), penjagaan kesihatan (60.51 juta), telekomuni­kasi dan media (94.32 juta), pengangkut­an dan logistik (219.350 juta), dan utiliti (58.57 juta). BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia