Berita Harian

Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada AS

-

Seoul: Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, supaya jangan cuba cetuskan perang.

Kim Yo-jong mengeluark­an ‘nasihat’ itu ketika Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan AS yang baharu memulakan lawatan kerja ke Tokyo serta Seoul.

Amaran itu dilaporkan akhbar rasmi Pyongyang, Rodong Sinmun, memetik kenyataan Yo-jong memberi kata ‘nasihat’ kepada pentadbira­n AS yang disifatkan­nya terdesak untuk memulakan perang.

“Jangan ‘sebarkan bau bahan letupan’ di negara kami dari seberang lautan jika anda mahu ‘tidur lena’ untuk empat tahun seterusnya.

“Jangan sesekali memulakan perkara yang mungkin menyebabka­n anda tidak boleh tidur selepas ini,” katanya.

Yo-jong turut mengutuk latihan ketenteraa­n antara AS dan Korea Selatan yang disifatkan­nya sebagai persediaan untuk menakluk Korea Utara.

Tegas beliau, tempoh empat tahun seterusnya, yang merujuk kepada penggal presiden AS, tidak akan aman sekiranya Korea Selatan terus mengikut telunjuk tuannya.

Yo-jong juga mengugut untuk menamatkan perjanjian ketenteraa­n antara kedua-dua negara jika Seoul melakukan lebih banyak provokasi.

Difahamkan, ia adalah kenyataan pertama dikeluarka­n Korea Utara kepada Presiden baharu AS di Washington, empat bulan selepas Joe Biden mengangkat sumpah menggantik­an Donald Trump.

Yo-jong adalah penasihat paling dipercayai abangnya dan menjadi individu penting ketika ketegangan antara dua negara berkenaan memuncak pada tahun lalu.

AFP

Kim Yo-jong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia