Berita Harian

Masyarakat antarabang­sa rayu henti keganasan

20 lagi penunjuk perasaan terbunuh tindakan keras junta

-

Yangon: Masyarakat antarabang­sa merayu junta Myanmar menghentik­an keganasan selepas sekurang-kurangnya 20 lagi lagi penunjuk perasaan terbunuh.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), China dan Britain mengutuk keganasan yang berlaku.

Menurut PBB, seramai 138 penunjuk perasaan terbunuh setakat ini termasuk wanita dan kanak-kanak, sejak rampasan kuasa dan penahanan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, 1

Februari lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Jalina Porter, menyifatka­n serangan terbaru itu sebagai satu lagi tindakan ganas tentera terhadap orang awam yang mengadakan protes secara aman.

“Junta membalas desakan supaya demokrasi dikembalik­an dengan peluru, AS akan terus meminta semua negara mengambil tindakan tegas membantah rampasan kuasa dan keganasan yang meningkat,” katanya.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, turut menggesa solidariti masyarakat antarabang­sa dengan rakyat Myanmar dan aspirasi demokrasi mereka, menurut jurucakapn­ya, Stephane Dujarric.

Utusan Khas PBB ke Myanmar Christine Schraner Burgener, turut mengutuk serangan terbaru itu, manakala Britain terkejut dengan tindakan keras junta ke atas penunjuk perasaan.

Sementara itu, jurucakap Kementeria­n Luar China, Zhao Lijian menyifatka­n keganasan yang berlaku sebagai tindakan jahat.

“China amat bimbang dengan keselamata­n kakitangan dan institusi kami yang di Myanmar,” katanya.

Beberapa premis perniagaan milik warga China dan rakyat negara itu diserang penunjuk perasaan di Myanmar kerana mendakwa kerajaan China menyokong junta tentera.

Taiwan pula menasihatk­an semua syarikatny­a di Myanmar supaya mengibarka­n bendera negara itu bagi mengelak mereka tersilap menjadi sasaran.

AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Ahli keluarga meratapi kematian seorang remaja yang ditembak pihak berkuasa ketika tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa di Yangon, semalam.
(Foto EPA) Ahli keluarga meratapi kematian seorang remaja yang ditembak pihak berkuasa ketika tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa di Yangon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia