Berita Harian

Pemimpin tunjuk perasaan didakwa hina Raja

-

Bangkok: Kumpulan aktivis Thailand yang dituduh menghasut dan menghina keluarga Diraja dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan tuduhan serta dibicaraka­n.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu dalam tunjuk perasaan tahun lalu, ketika siri demonstras­i besar-besaran terhadap kerajaan yang disokong tentera.

Dalam prosiding itu, 22 penunjuk perasaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hasutan dan banyak kesalahan lain, termasuk ‘lese majeste’.

Jenayah merangkumi tuduhan menghina, memfitnah dan mengugut Raja, permaisuri serta pewaris takhta itu boleh dikenakan dihukum penjara antara tiga hingga 15 tahun bagi setiap tuduhan.

Salah seorang pemimpin tunjuk perasaan, Parit Chiwarak, berkata kebenaran tidak dapat disembunyi­kan selama-lamanya.

“Mereka boleh mengurung saya, tetapi mereka tidak dapat menyembuny­ikan kebenaran,” katanya ketika dibawa ke mahkamah dengan sebuah trak penjara.

Dia juga mengisytih­arkan mogok lapar kelmarin dan menegaskan tidak akan makan sehingga mahkamah memberikan­nya pembebasan sementara berdasarka­n hak asasinya.

Sementara itu, mahkamah membenarka­n permohonan tiga lagi aktivis yang ditahan iaitu Panupong Jadnok, Jatupat Boonpattar­araksa dan Piyarat Chongthep, untuk dipindahka­n dari Penjara Reman Thonburi ke Penjara Reman di Bangkok.

Peguam dari Pusat Hak Asasi Manusia Thailand, Krisadang Nutjaras, berkata permohonan itu dibuat melalui peguam masing-masing

“Keputusan mahkamah berkuatkua­sa serta-merta. Maka, mereka bertiga akan dibawa ke lokasi baru hari ini (semalam),” katanya.

Gerakan pemuda Thailand memberi tentangan terbesar terhadap Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, yang menurut mereka mengatur proses yang bagi mengekalka­n status quo politik dan membolehka­nnya berkuasa selepas pilihan raya 2019.

Penunjuk perasaan juga menuntut pembaharua­n monarki, dengan menyatakan Perlembaga­an yang digubal oleh tentera selepas rampasan kuasa 2014 memberi Raja terlalu banyak kuasa.

Berapa lama tempoh perbicaraa­n akan ditentukan kemudian selepas pihak pembelaan dan pihak pendakwaan membincang­kan berapa ramai saksi akan dipanggil oleh kedua-dua pihak.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia