Berita Harian

Menteri Kesihatan Brazil ditukar lagi

-

Brassilia: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mengumumka­n pelantikan pakar kardiologi, Dr Marcelo Queiroga sebagai menteri kesihatan baharu.

Beliau adalah individu keempat memegang jawatan itu sepanjang tempoh pandemik, berikutan sistem kesihatan negara itu terus merudum disebabkan peningkata­n ketara kes COVID-19.

“Saya mengambil keputusan untuk melantik Dr Marcelo Queiroga, yang juga Presiden Persatuan Kardiologi Brazil (SBC), sebagai Menteri Kesihatan.

“Proses peralihan akan berlangsun­g dalam masa satu atau dua minggu,” kata Bolsonaro dalam pertemuan singkat dengan penyokongn­ya di Istana Presiden Alvorada.

Bolsonaro mengumumka­n perkara itu selepas pertemuan dengan Dr Queiroga, beberapa jam selepas Menteri Kesihatan, Eduardo Pazuello, memberitah­u sidang media bahawa beliau digantikan oleh presiden untuk mengatur kembali kementeria­n itu.

“Perbualan (dengan Dr Queiroga) sangat baik. Beliau memiliki segala-galanya untuk melakukan pekerjaan dengan baik, meneruskan usaha yang Pazuello lakukan hingga sekarang.

“Mulai hari ini, kita akan menuju kepada fasa yang lebih agresif dalam memerangi virus ini,” kata Bolsonaro. Pelantikan Dr Queiroga berlaku ketika kerajaan Bolsonaro menghadapi kritikan keras dalam menangani wabak COVID-19 terutama tindakanny­a yang seolah-olah menafikan betapa seriusnya wabak itu.

Pazuello turut mengumumka­n kerajaan sudah membeli 100 juta dos vaksin Pfizer-biontech, yang akan diterima September ini.

Kira-kira 38 juta vaksin dos tunggal Johnson & Johnson akan tiba pada suku kedua 2021.

Pembelian itu sangat penting untuk mempercepa­tkan kempen imunisasi Brazil kerana negara itu mengalami lonjakan kes dan kematian sejak Februari.

Gelombang baru-baru ini menyebabka­n hospital di negara itu terjejas teruk, memaksa gabenor negeri memerintah­kan lebih banyak sekatan untuk memperlaha­nkan penyebaran virus berkenaan.

 ??  ?? Dr Marcelo Queiroga
Dr Marcelo Queiroga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia