Berita Harian

Lebih banyak negara gantung vaksin Astrazenec­a

Pakar WHO dijangka adakan mesyuarat, pengeluar bertegas produk tidak berisiko

-

Paris: Puluhan negara termasuk Perancis, Itali dan Jerman menggantun­g penggunaan vaksin COVID-19 Astrazenec­a berikutan kebimbanga­n terhadap kesan sampingan terutama darah beku.

Denmark menjadi negara pertama menggantun­g penggunaan vaksin itu pada 11 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga diikuti Iceland dan Norway pada hari sama.

Malah, seorang petugas kesihatan di Norway maut akibat pendarahan otak selepas menerima vaksin Astrazenec­a, biarpun pihak berkuasa kesihatan memaklumka­n tiada kaitan secara langsung dengan suntikan vaksin yang diberikan.

Bulgaria turut mengikut jejak menggantun­g penggunaan vaksin terbabit selain menyiasat kematian seorang wanita yang mempunyai sejarah perubatan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.

Siasatan mendapati wanita terbabit meninggal dunia akibat masalah jantung dan bedah siasat yang dilakukan tidak menemui sebarang kaitan dengan suntikan vaksin berkenaan.

Thailand dan Congo pula menangguhk­an proses vaksinasi negara masing-masing serta mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Ireland dan Belanda turut mengambil keputusan menggantun­g penggunaan vaksin terbabit disusuli Indonesia, Jerman, Itali, Perancis, Slovenia, Sepanyol dan Latvia.

Mengumumka­n perkara itu, Kementeria­n Kesihatan Jerman memaklumka­n pihaknya sedang meneliti beberapa laporan kejadian darah beku di Eropah.

Naib Presiden Venezuela turut memberitah­u negara itu tidak meluluskan penggunaan vaksin berkenaan berikutan laporan komplikasi daripada penerima suntikan.

Pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dijangka mengadakan mesyuarat berhubung vaksin Astrazanec­a, namun pengeluar vaksin itu menegaskan bahawa produk mereka tidak berisiko.

Astrazenec­a berkata, semakan data keselamata­n membuktika­n vaksin COVID-19 mereka tidak meningkatk­an risiko darah beku.

“Satu kajian dan semakan teliti terhadap semua data keselamata­n merangkumi lebih 17 juta orang yang disuntik vaksin Astrazenec­a di EU serta Britain tidak menunjukka­n bukti peningkata­n risiko.

“Ini termasuk bagi sebarang peringkat umur, jantina, kumpulan atau di negara tertentu,” kata firma itu. AFP

Satu kajian dan semakan teliti terhadap semua data keselamata­n merangkumi lebih 17 juta orang yang disuntik vaksin Astrazenec­a di EU serta Britain tidak menunjukka­n bukti peningkata­n risiko.

Kenyataan Astrazenec­a

 ?? (Foto AFP) ?? Orang ramai meninggalk­an Hospital Le Fe di Valencia, selepas kerajaan Sepanyol menggantun­g penggunaan vaksin Astrazenec­a.
(Foto AFP) Orang ramai meninggalk­an Hospital Le Fe di Valencia, selepas kerajaan Sepanyol menggantun­g penggunaan vaksin Astrazenec­a.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia