Berita Harian

News Corp, Facebook setuju bayaran kandungan berita

Perjanjian bagi khidmat untuk tiga tahun selepas Australia laksana undang-undang baharu

-

Sydney: News Corp milik jutawan media, Rupert Murdoch, umumkan perjanjian bayaran bagi kandungan berita untuk tiga tahun dengan Facebook di Australia.

Keputusan dibuat beberapa minggu selepas Canberra melaksanak­an undang-undang memaksa pentas digital itu membayar kadar bersesuaia­n untuk kandungan berita.

Perjanjian itu menyaksika­n News Corp menyediaka­n pengisian bagi perkhidmat­an berita Facebook, dengan perjanjian seumpamany­a turut dimeterai syarikat terbabit di Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2019.

Perkhidmat­an itu akan membabitka­n puluhan akhbar termasuk The Australian, The Daily Telegraph dan Herald Sun, manakala Sky News Australia turut mencapai perjanjian baharu dengan Facebook.

Facebook

Bagaimanap­un, tiada sebarang perincian diberikan berhubung nilai perjanjian terbabit.

Ketua Eksekutif News Corp, Robert Thomson, berkata hasil perjanjian itu bakal mengubah landskap bidang kewartawan­an.

“Perjanjian ini menjadi penanda aras dan transforma­si terma perdaganga­n dalam kewartawan­an, sekali gus memberi kesan positif kepada perniagaan berita Australia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Rakan Berita Facebook Australia dan New Zealand, Andrew Hunter, mengesahka­n perjanjian terbabit dan memaklumka­n syarikat itu komited menyalurka­n berita Facebook kepada Australia.

Parlimen Australia sebelum ini meluluskan undang-undang mewajibkan firma gergasi digital global membayar bagi kandungan berita tempatan.

Google kini perlu membayar kandungan berita yang disiarkan menerusi panel Showcase pada laman sesawang itu.

Facebook pula membayar kandungan berita yang disiarkan pada produk News, ciri tambahan yang akan diperkenal di Australia pada tahun ini. AFP

 ??  ?? perlu membayar kandungan berita Australia yang disiar.
perlu membayar kandungan berita Australia yang disiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia