Berita Harian

China minta Alibaba lupus aset media

-

Alibaba

Hong Kong: Kerajaan China meminta Alibaba Group Holdings (Alibaba) melupuskan sebahagian besar aset medianya.

Ia didorong kebimbanga­n memuncak berhubung penguasaan syarikat gergasi teknologi terbabit sehingga mungkin mempengaru­hi pendapat umum di negara itu.

Tidak dapat dijelaskan sama ada Alibaba yang disenaraik­an di Amerika Syarikat (AS) itu perlu menjual semua aset medianya, namun kelulusan Beijing diperlukan terlebih dulu sebelum perancanga­n dibuat.

Difahamkan, perbincang­an mengenai perkara itu berlangsun­g sejak awal tahun ini selepas pihak berkuasa China meneliti senarai aset media milik syarikat yang beribu pejabat di Hangzhou itu.

Pegawai China dilaporkan terkejut dengan jangkauan Alibaba menerusi aset medianya dan meminta syarikat terbabit merangka perancanga­n bagi mengurangk­an pegangan medianya.

Alibaba, yang diasaskan oleh

Jack Ma, memiliki aset media merangkumi pencetakan, penyiaran, digital, media sosial dan pengiklana­n.

Bagaimanap­un, pemilikan aset media itu diteliti dengan lebih mendalam sejak beberapa bulan lalu, terutama selepas Ma dilaporkan menghilang­kan diri.

Alibaba turut memiliki pegangan dalam pentas media sosial Weibo, selain beberapa perkhidmat­an media dalam talian dan pencetakan serta akhbar berbahasa Inggeris, South China Morning Post (SCMP).

Dalam satu kenyataan, Alibaba enggan mengulas mengenai perkara itu, namun memaklumka­n syarikat itu adalah pelabur pasif dalam aset media.

“Tujuan pelaburan dalam syarikat ini bagi menyediaka­n sokongan teknologi untuk meningkatk­an perniagaan serta memacu sinergi komersial dengan perniagaan utama kami.

“Kami tidak mencampuri atau terbabit dalam operasi harian syarikat ini atau keputusan jabatan pengarangn­ya,” menurut kenyataan itu. AGENSI

 ??  ?? diasaskan Jack Ma memiliki sebahagian besar aset media.
diasaskan Jack Ma memiliki sebahagian besar aset media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia