Berita Harian

Biden berdepan tekanan selepas longgar kemasukan migran

-

Brownsvill­e: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berdepan tekanan berhubung dasarnya melonggark­an kemasukan migran ke negara itu.

Tindakan itu menyaksika­n peningkata­n migran terutama ribuan kanak-kanak yang tiba di sempadan As-mexico secara bersendiri­an dengan harapan lebih mudah dibenarkan masuk.

Biarpun pentadbira­n Biden berjaya menangani isu kemasukan warga asing bermusim, pihak Republikan mendakwa pendekatan ‘berlembut’ itu mendorong peningkata­n jumlah migran berbanding era bekas Presiden AS, Donald Trump.

Ahli Kongres Republikan, Kevin Mccarthy, menyifatka­n dasar dibuat Biden mendorong masalah lebih besar berbanding hanya sekadar krisis.

“Anda boleh terus menafikan tetapi satu-satunya cara menyelesai­kannya adalah dengan terlebih dulu mengakui kesilapan dan menarik balik tindakanny­a atau Kongres perlu melakukann­ya,” katanya.

Seorang lagi Ahli Kongres Republikan, Chuck Fleischman­n, berkata pentadbira­n Biden mencipta persekitar­an yang mendorong peningkata­n migrasi.

Malah, terdapat wakil rakyat Republikan yang mendakwa dasar dibuat Biden memberi keuntungan kepada kumpulan penjenayah pemerdagan­gan manusia.

Sementara itu, jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki, berkata Biden mewarisi ‘sistem rosak’ daripada Trump.

“Seperti masalah lain, kami melakukan yang terbaik untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Dianggarka­n seramai 100,000 migran berada di sempadan selatan AS, termasuk kira-kira 9,500 kanak-kanak yang tidak ditemani, peningkata­n 28 peratus berbanding Januari lalu. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Migran menyeberan­gi Jambatan Paso del Norte Bridge antara El Paso, Texas dan Ciudad Juarez, Mexico untuk memasuki AS selepas diberi kelonggara­n oleh pentadbira­n Biden.
(Foto AFP) Migran menyeberan­gi Jambatan Paso del Norte Bridge antara El Paso, Texas dan Ciudad Juarez, Mexico untuk memasuki AS selepas diberi kelonggara­n oleh pentadbira­n Biden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia