Berita Harian

Nuha curi perhatian Christina Aquilera

-

Siapa sangka usaha bakat baharu, Nuha Baharin, 21, menyampaik­an lagu Hurt, dendangan asal Christina Aquilera mencuri perhatian penyanyi antarabang­sa itu.

Malah, suara Nuha mendapat pujian hingga video nyanyianny­a itu dimuat naik Aquilera dalam laman Instagram (IG). Lebih membanggak­an, video nyanyian Nuha ditonton lebih 500,000 pengikut dalam IG Nuha.

Terbaru, Nuha muncul dengan single pertama berjudul Xsempurna yang memaparkan kisah sebenar dilalui apabila dikutuk dan dihina satu dunia.

Sebelum ini, Nuha pernah melalui episod hitam apabila nyanyianny­a mendapat kritikan hebat dalam program realiti, Vokal Mania, tahun lalu.

Nuha yang aktif menyanyika­n lagu saduran dalam laman IG berkata, ia adalah pemangkin semangat untuk terus membuktika­n bakatnya.

“Lagu Xsempurna memberi makna dalam hidup saya. Ia menceritak­an perjalanan saya sebagai penyanyi dan artis baharu dalam industri muzik. Bagaimana saya belajar banyak perkara pada masa lalu.

“Saya boleh sifatkan pengalaman manis yang sangat pahit untuk ditelan. Bagi saya, apa yang berlaku satu rahmat apabila Allah menguji saya.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahua­n daripada orang sekeliling yang sudi membimbing saya untuk menjadi penyanyi lebih baik. Ramai menunjukka­n benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian mereka adalah orang tidak dikenali, tetapi banyak membantu. Saya amat berterima kasih,” katanya kepada HIP.

Nuha berkata, dia berterima kasih kepada komposer lagu Xsempurna, Ezra Kong yang percaya pada bakatnya, lalu menyediaka­n lirik, melodi dan susunan muzik yang sesuai untuk pendengar zaman sekarang.

Dalam masa sama, Nuha berkata, dia bersyukur video muzik sempat disiapkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Proses penggambar­an terpaksa dipercepat­kan kerana PKP. Dengan keputusan pada saat akhir, pihak produksi bertungkus-lumus menyelesai­kan penggambar­an sebelum jam 12 tengah malam.

“Saya terhutang budi ramai yang membantu saya ketika penggambar­an. Allah sahaja dapat membalas jasa baik mereka,” katanya.

Lagu Xsempurna hasil kerjasama Beegood Music dan Universal Music Malaysia diharapkan dapat memeriahka­n persada seni muzik tanah air.

“Sokongan padu semua pihak diharap dapat membuka peluang yang lebih cerah supaya saya boleh terus berkarya dengan karya bermutu dan setanding dengan piawaian hiburan antarabang­sa.

“Besar harapan saya dan pasukan produksi untuk melihat hasil karya ini diterima seluruh negara dan peminat di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia,” katanya yang akan muncul dengan album zikir bersama artis Beegood Music sempena Ramadan akan datang.

Lagu Xsempurna sudah pun disiarkan secara rasmi di saluran Youtube Beegood Music sejak 5 Mac lalu. Ia juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan Youtube Music pada tarikh yang sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia