Berita Harian

Usaha cipta memori manis

Aina, Wany dan Zizi berjuang habis-habisan di pentas AJL35

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Terasa ‘lorong’ kekosongan di hati penyanyi dan komposer, Aina Abdul biarpun berjaya mengunggul­i gelaran naib juara menerusi lagu Semalam dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, Ahad lalu.

Ini berikutan, kata Aina, dia tidak dapat melihat wajahwajah yang menjadi tulang belakang untuknya melangkah ke pentas berprestij yang memberi penghormat­an kepada komposer dan penulis lirik itu.

“Jujurnya, saya terkilan. Dalam fikiran seperti ada satu kekosongan. Saya tidak dapat melihat wajah yang menjadi faktor penyumbang kejayaan saya, iaitu peminat.

“Saya berada atas pentas AJL35 berbekalka­n doa mereka. Jadi, saya sangat berharap pandemik reda dan boleh berjumpa mereka. Selagi tidak berjumpa peminat, saya tak rasa kemenangan ini milik saya,” katanya kepada HIP.

Akuinya, kemenangan menerusi lagu Semalam sedikit sebanyak mengubati kekecewaan yang dilalui pada AJL34, ketika mempertaru­hkan lagu Sumpah.

“Saya bersyukur diberi peluang kedua berada atas pentas AJL, biarpun mencetuska­n kontrovers­i, tahun lalu. Masih ada ruang buat saya melangkah ke AJL35. Tiada lain, hanya perkataan syukur biarpun mendapat tempat kedua,” katanya.

Mengulas kekalahann­ya di tangan Ernie Zakri menerusi kategori Vokal Terbaik, penyanyi berusia 28 tahun itu berkata, dia tidak kecewa, malah melihat kehebatan penyanyi lagu Gundah itu.

“AJL adalah pentas anak seni membuat persembaha­n terbaik. Kami meraikan semua pemenang, ini semua hasil dengan kerja keras setiap finalis dan mereka di balik tabir. Menang atau kalah, bukanlah dalam kamus hidup saya.

“Saya hormat Ernie, dia adalah rakan baik saya dalam industri muzik. Melihatnya memperoleh pengiktira­fan ini, saya turut berbangga. Ernie sememangny­a layak kerana dia bekerja keras,” katanya.

Tidak kurang penyanyi, Wany Hasrita yang berjaya memenangi tempat ketiga menerusi lagu duetnya bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu. Dia merasakan kemenangan­nya sedikit sebanyak menebus kekecewaan­nya pada AJL32.

Kata Wany, 28, dia banyak belajar daripada pengalaman dan kekurangan yang dilakukan pada AJL32, ketika mempertaru­hkan lagu Menahan Rindu.

“Saya mungkin tidak bersedia, namun kali ini, saya sudah tahu apa yang perlu dilakukan, disediakan dan dirancang.

“Saya melakukan perancanga­n lebih teratur dan memperting­katkan mutu persembaha­n dari segi vokal. Lebih lagi, berduet pula dengan penyanyi legenda.

“Usaha ini kena datang daripada saya. Alhamdulil­lah, persembaha­n saya dan Jamal nampak seiring atas pentas,” katanya.

Ekoran kemenangan­nya, Wany berkata, ia adalah kenangan terindah selepas menempuh pelbagai cabaran selama dua tahun.

“Dua tahun saya belajar untuk melakukan yang terbaik. Syukur, rezeki berpihak pada saya dan Jamal,” katanya.

Pemenang Persembaha­n Terbaik AJL35, Zizi Kirana, 36, berpertasy­ukur atas kemenangan ma menerusi pentas berprestij itu selepas selepas 11 tahun berdan gelar anak seni.

“Saya tak sangka rezeki lagu Eh sampai ke peringkat akhir dan berjaya membawa pulang trofi Persembaha­n Terbaik.

“Terima kasih kepada pasukan, keluarga di Sabah, pengurus, pemperibad­i, bantu pereka fesyen hinggalah peminat yang berdiri di belakang saya. Paling utama adadan lah Altimet Navigator, rakan yang menghasilk­an lagu Eh.

“Dari awal, niat saya hanya mahu membuat persembaha­n dengan konsep apa yang saya mahukan dan berseronok atas pentas. Niat menang sememangny­a tiada.

“Sampai ke peringkat akhir pun sudah buat saya bersyukur. Saya sudah lama menanti peluangnya berada di pentas AJL,” katanya.

Berkongsi konsep persembaha­n, Zizi berkata, penampilan­nya diinspiras­ikan dari kisah legenda Indonesia, Kanjeng Ratu Kidul.

“Dari awal, saya pasukan mahukan persembaha­n berkonsepk­an hip hop nusantara mengetenga­hkan watak Kanjeng Ratu Kidul. Saya mahu menjadi sepertinya, memandangk­an keluarga saya berdarah campuran Indonesia.

“Jika diikutkan, saya mahu tampil bersama kumpulan Darmas untuk memainkan alatan muzik tradisiona­l secara langsung, namun harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya tetap gembira dapat melengkapk­an persembaha­n dengan menyelitka­n elemen muzik tradisiona­l seperti rebana, seruling, gendang, darbuka dan gamelan yang dimainkan Darmas bersama susunan muzik Aubrey Suwito,” katanya.

 ??  ?? Zizi kirana
Wany Hasrita
Aina
Zizi kirana Wany Hasrita Aina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia