Berita Harian

Artis veteran terima bantuan berterusan

-

Meskipun penggambar­an drama dan filem dibenarkan ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun masih ramai ahli Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) tidak bekerja.

Apabila tiada kerja bermakna tiada gaji untuk meneruskan kelangsung­an hidup. Seperti diketahui, golongan artis veteran paling ramai terkesan dengan pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un, nasib golongan artis veteran tidak pernah terabai, malah menerima bantuan dan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli korporat bagi meringanka­n bebanan yang ditanggung.

Presiden PKAVM, Datuk Tumiran Mohd Kasdi berkata, pihaknya bersyukur tidak putus-putus menerima bantuan pelbagai pihak sejak pandemik COVID-19 menular, tahun lalu.

“PKAVM menerima sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM20,000, baru-baru ini. Jadi, bolehlah diagihkan kepada ahli yang memerlukan. Dalam masa yang sama, kami menggunaka­n sumbangan ini untuk membayar bil dan gaji pekerja yang selama ini bekerja tanpa gaji.

“Untuk pengetahua­n, kami tiada peruntukan untuk membayar gaji pekerja. Ini kerana kewangan daripada pentadbira­n sebelum ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. Wang dalam akaun PKAVM masih dibekukan.

“Disebabkan itu, kami terpaksa meminta ihsan orang ramai menghulurk­an bantuan. Alhamdulil­lah, banyak pihak yang prihatin dengan memberikan sumbangan berbentuk wang.

“Selain itu, kami juga menerima bantuan dari Koperasi Angkasa berupa 50 pek barangan asas dan bantuan bahan mentah daripada syarikat Pakmartfre­sh,” katanya kepada HIP.

Bagaimanap­un, katanya, untuk mengagihka­n wang serta sumbangan kepada 177 ahli PKAVM tidak mencukupi.

Disebabkan itu, katanya, PKAVM mendahuluk­an artis yang tidak menjana pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti Wan Maimunah, Dalimawati, Aznah Hamid serta artis veteran yang uzur seperti Amran Tompel dan Mimi Loma.

Katanya, PKAVM tidak putus berusaha meminta bantuan dan sumbangan pelbagai pihak bagi membantu ahlinya, sejak setahun lalu.

“Kebanyakan ahli PKAVM, kalau bekerja baru ada duit. Jadi, masih ramai tidak bekerja sekarang ini. Justeru, kami cuba meringanka­n beban mereka dengan dengan bantuan yang dihulurkan. Walaupun sikit, kami tetap berkongsi.

“Selaku Presiden, saya akan terus membantu apa yang termampu, walaupun banyak menggunaka­n peruntukan sendiri. Tetapi banyak mana sangat duit yang saya ada.

“Atas faktor ini jugalah saya tidak putus membuat surat dan meminta sumbangan daripada mereka yang prihatin. Saya kena terus berusaha, jika tidak, siapa mahu bantu artis veteran ini?

“Kebanyakan­nya sudah berusia dan uzur. Jadi, ini adalah tanggungja­wab dan amanah diberikan kepada saya untuk membantu mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, Tumiran berkata, PKAVM tidak mahu bergantung kepada bantuan semata-mata.

“PKAVM akan berusaha mencari dana dan sumber kewangan bagi menjalanka­n aktiviti serta mengisi tabung persatuan untuk kegunaan ahli.

“Kami merancang pelbagai aktiviti persembaha­n dan sebagainya, tetapi perlu menunggu pandemik COVID-19 reda dahulu," katanya.

 ?? (Foto PKAVM) ?? Tumiran (empat dari kiri) bersama Pengurus Besar Bahagian Perkhidmat­an Korporat TNB, Datuk Omar Sidek (empat dari kanan) serta ahli PKAVM.
(Foto PKAVM) Tumiran (empat dari kiri) bersama Pengurus Besar Bahagian Perkhidmat­an Korporat TNB, Datuk Omar Sidek (empat dari kanan) serta ahli PKAVM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia