Berita Harian

Tony tawar diri terajui MFL

CEO Airasia Group sedia ganti Hamidin jika dapat pelawaan

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airasia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menegaskan sedia menerajui Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sekiranya terdapat tawaran.

Kesediaan pemilik Queen Park Rangers (QPR) yang dicanang antara tokoh yang boleh menggantik­an Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mahu melepaskan jawatannya itu, seharusnya menjadi berita menggembir­akan.

Malah, Tony percaya beliau mampu menyumbang sesuatu kepada badan pentadbir, Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Kalau (jadi Presiden MFL), saya akan lakukannya. Adakah itu jawapan yang jujur? Orang lain mesti akan katakan tidak pasti. Saya sukakan bola sepak dan saya sayangkan Malaysia.

“Kalau mereka berpendapa­t saya boleh menyumbang, saya sedia menerimany­a. Saya sudah memohon (jawatan) dalam sidang media sekarang,” kata Tony pada sidang media selepas

Majlis Menandatan­gani Lanjutan Perjanjian antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Pada masa sama, Tony yang juga Pengerusi PSM mengakui kehadiran ‘orang luar’ dalam sesuatu organisasi sememangny­a satu tindakan yang baik khususnya bagi menyuntik idea yang lebih segar sekali gus memajukan lagi organisasi terbabit.

“Kehadiran orang luar adalah sangat baik. Kenapa? Saya pun orang luar dalam perniagaan penerbanga­n kerana saya dalam muzik sebelum ini, saya adalah raja dangdut.

“Tetapi secara tiba-tiba saya terbabit dalam penerbanga­n walaupun tiada pengalaman. Jadi, ini membolehka­n saya berfikir dengan cara yang berbeza. Justeru, Hamidin ada visi untuk mendapatka­n orang luar kerana mereka boleh tampil dengan idea yang baharu.

“Ada kalanya apabila anda sudah terlalu lama dalam sesuatu industri, anda akan berfikir dengan cara yang sama. Adanya orang luar yang masuk, mereka pasti ada idea baharu,” katanya.

Sementara itu, Hamidin menegaskan tidak adil untuk dia membuat keputusan mengenai teraju baharu MFL sekalipun Tony tampak sudah memberi bayangan yang dia bersedia untuk menggantik­an tempatnya.

“Saya kira tidak adil kerana saya akan tinggalkan MFL tidak lama lagi selepas mengemaska­n beberapa perkara. Biarlah lembaga pengarah mengikut peraturan MFL yang akan memilih (presiden baharu).

“Sudah tentu Tony adalah individu yang besar dan sukakan bola sepak. Mungkin juga beliau salah satu calon, saya tak pasti tetapi saya tak boleh lebih daripada itu. Biarlah mereka yang tentukan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hamidin (kiri) bertukar dokumen bersama Tony Fernandes selepas menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Perbadanan Stadium Malaysia dan FAM di Stadium Bukit Jalil.
(Foto BERNAMA) Hamidin (kiri) bertukar dokumen bersama Tony Fernandes selepas menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Perbadanan Stadium Malaysia dan FAM di Stadium Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia