Berita Harian

Herd, Da Silva tambah sengat barisan TFC

-

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) bakal membariska­n barisan idaman apabila melayani kunjungan Melaka United FC (MUFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam ini.

Skuad Penyu kendalian Nafuzi Zain itu dijangka menurunkan bekas pertahanan Aston Villa, Christophe­r Herd berganding dengan pemain berdarah campuran Filipina-sepanyol, Carli De Murga.

Penyerang sensasi kelahiran Brazil, David Da Silva pula akan memainkan peranan sebagai penggempur utama.

Sebelum ini, dua tonggak import itu terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan dan tempat mereka masingmasi­ng digalas pemain muda, Shahrul Nizam Ros Hasni manakala penyerang pasukan ‘adik’, Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah memikul tugas penggempur utama.

Bagaimanap­un, Nafuzi ketika ditanya enggan mengambil risiko, sebaliknya akan memutuskan­nya ketika sesi latihan terakhir sama ada dua pemain berkenaan disenaraik­an.

“Kehadiran Silva dan Herd ditagih bagi memperkuat­kan lagi jentera pertahanan dan serangan pasukan, lebih-lebih lagi kita mahu mengekalka­n rentak kemenangan keempat berturuttu­rut.

“Namun kita akan menilai tahap kecergasan dua pemain itu terlebih dahulu ketika sesi latihan terakhir nanti, jika mereka belum cergas 100 peratus kita tidak akan menyenarai­kannya bertemu Melaka.

“Namun pemain lain juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengekang asakan pasukan lawan selain berupaya meledak gol ketika berdepan Selangor FC dan Perak FC,” katanya.

Dalam pada itu Nafuzi menuntut anak buahnya mengintai gol awal selain kental bertahan bagi memastikan­rekodtanpa­kalah dapat dikekalkan.

 ??  ?? Christophe­r Herd
Christophe­r Herd

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia