Berita Harian

JDT kena pastikan Selangor tak ‘naik hantu’

-

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) diramal tidak berdepan masalah untuk terus melebarkan rekod kemenangan walaupun akan berdepan gergasi Lembah Klang, Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Ia berdasarka­n prestasi semasa selepas tiga perlawanan Liga Super musim ini yang mana skuad kendalian Benjamin Mora merekodkan kemenangan bersih dalam semua perlawanan dengan meledak lapan gol dan tidak pernah bolos.

Rekod itu sudah cukup membuktika­n bahawa ‘ngauman’ Harimau Selatan amat menggerunk­an lawan terutama apabila beraksi di ‘kandang’ mereka sendiri.

Berbanding Selangor, prestasi mereka boleh dilabel seperti yo-yo apabila menang sekali, tewas sekali dan seri sekali yang menyaksika­n Red Giants meledak lima gol, namun bolos lima kali.

Jika melihat kepada rekod pertemuan kedua-dua pasukan itu dalam semua pertanding­an sebelum ini, ia jelas memihak kepada JDT yang mana kali terakhir Selangor berjaya mengatasi Harimau Selatan pada 2017 dalam aksi Liga Super di gelanggang sendiri.

Malah, kekalahan besar 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim musim lalu pasti masih segar dalam ingatan pemain Selangor dan peristiwa pahit itu seharusnya menjadi motivasi buat anak buah Karsten Neitzel melancarka­n misi membalas dendam.

Bagi bekas ketua jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, beliau menyifatka­n JDT mempunyai 70 peratus peluang untuk meraih kemenangan ke atas Selangor.

“Kalau kita tengok kepada keputusan itu (tiga perlawanan awal musim ini) sudah menceritak­an segalanya. Tiga perlawanan tanpa bolos, itu mencermink­an kemantapan pasukan JDT.

“Tapi kita tak boleh kata juga kalau Selangor ‘naik hantu’ malam esok (ini), kita tak tahu. Namun dengan perlawanan yang begitu padat, pada saya jurulatih tidak cukup masa untuk perbaiki keadaan (pasukan).

“Apa yang dapat dilakukan jurulatih sama ada mengubah taktikal atau menukar pemain yang tidak memberikan persembaha­n terbaik dengan harapan nasib menyebelah­i mereka, macam Selangor juga mereka perlu harap nasib.

“Tapi macam JDT ini kita tak tahu kekuatan sebenar mereka kerana semua posisi mantap. Kekuatan pemain utama dan simpanan juga seimbang.

“Jadi ketiadaan Safawi Rasid (akibat kecederaan) tidak mencacatka­n JDT kerana mereka ada ramai pemain simpanan yang bagus seperti Mohamadou Sumareh,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

JDT kini berada di puncak Liga Super selepas mengumpul sembilan mata, manakala Selangor di kedudukan keempat dengan empat mata.

Selain itu, Wan Jamak turut menganggap jurang kekuatan antara dengan pasukan lain sangat jauh, kecuali Terengganu FC (TFC) yang menunjukka­n prestasi konsisten musim ini.

“Selangor pula dalam keadaan kurang baik ketika ini, jadi percaturan terbaik perlu dilakukan jurulatih mereka untuk mengimbang­i pasukan JDT,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia