Berita Harian

Semangat Pearly, Thinaah membara

Beregu wanita negara idam kejutkan pasangan nombor satu Thailand

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-m Thinaah semakin membara menjelang saingan Seluruh England yang berlangsun­g di Birmingham bermula hari ini.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, kedua-dua pemain itu tidak menunjukka­n sebarang tandatanda mereka berpuas hati selepas menjuarai Terbuka Switzerlan­d di Basel minggu lalu.

Katanya, pertemuan menentang pilihan keempat dari Thailand, Jongkolpha­n Kititharak­ulrawinda Prajongjai pada aksi pusingan pertama di Birmingham pastinya akan mencabar kemampuan mereka dengan misi untuk mencipta kejutan.

“Ini akan memberi pengalaman yang baik untuk mereka apabila berdepan pasangan utama Thailand itu. Ini kali pertama mereka menentang pasangan itu dan tidak dinafikan jurang antara mereka masih jauh dari segi prestasi dan pengalaman.

“Mereka perlu bekerja keras bagi mencatat kemenangan. Berdasarka­n prestasi semasa mereka ketika ini dan jika percaturan taktikal menjadi, peluang untuk membuat kejutan tetap ada,” kata Choong Hann kepada BH Sukan.

Pearly-thinaah mencipta sensasi apabila buat kali pertama menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 di Basel.

Kejuaraan di Basel boleh dianggap kesinambun­gan daripada kejayaan mereka menjuarai tiga kejohanan bertaraf lebih rendah sebelum ini yang menyaksika­n mereka muncul juara Siri Antarabang­sa Malaysia, Cabaran Antarabang­sa India dan Cabaran Antarabang­sa Bangladesh pada 2019.

Ini kali pertama mereka menentang pasangan itu dan tidak dinafikan jurang antara mereka masih jauh dari segi prestasi dan pengalaman.

Wong Choong Hann, Pengarah Kejurulati­han BAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia