Berita Harian

Hanis tekad terus ‘mengganas’ lagi

-

Kuala Lumpur: Pemain UNIKL Ladies, Hanis Nadiah Onn mengidamka­n gelaran penjaring terbanyak bagi kempen Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) 2021 selepas pasukannya melakar kemenangan besar 17-0 ke atas Mutiara Juniors, kelmarin.

Pada perlawanan sulung musim itu, Hanis yang juga pemain kebangsaan meledak tiga gol masing-masing dua menerusi jaringan padang dan satu pukulan sudut penalti - untuk membolehka­n dirinya berada di puncak senarai penjaring terbanyak.

Turut berada dalam kelompok penjaring yang meledak tiga gol ketika ini adalah rakan sepasukann­ya yang juga pemain kebangsaan, Nuraini Abdul.

Lima lagi rakan sepasukann­ya, Nuramirah Shakiran Zulkifli, Siti Azlinda Atan, Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail, Nur Afiqah Syahzani Azhar dan Nur Atira Mohamad Ismail masingmasi­ng meledak dua gol.

“Untuk tahun ini, semestinya sasaran peribadi saya adalah menjadi penjaring terbanyak tetapi saya mengharapk­an kerjasama sepasukan untuk memenangi liga ini,” kata Hanis yang berusia 24 tahun itu.

Penerima Anugerah Olahragawa­ti Universiti Putra Malaysia (UPM) 2020 itu turut berkata, pasukan dan dirinya menanam hasrat untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini bagi menaikkan nama UNIKL Ladies.

“Persaingan boleh dikatakan sama musim ini, jadi mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata, mereka mempunyai peluang untuk memenangi liga. Bagi saya, semestinya setiap pasukan inginkan kemenangan dan tahun ini, pasukan UNIKL Ladies berharap untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala untuk menaikkan nama pasukan,“katanya.

UNIKL Ladies yang dibimbing Roslan Jamaluddin dijadual bertemu pasukan PDRM Blue Warriors untuk perlawanan kedua hari ini.

PDRM Blue Warriors dalam perlawanan pembukaan sebelum ini terikat 2-2 dengan PKS UNITEN-KPT.

 ??  ?? Pemain UNIKL Ladies, beraksi mantap ketika membelasah Mutiara Juniors 17-0, kelmarin.
Pemain UNIKL Ladies, beraksi mantap ketika membelasah Mutiara Juniors 17-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia