Berita Harian

Lebih 10,000 keluarga ‘hilang punca’ tiada amah

PUSMA mohon kerajaan cari mekanisme baharu bolehkan pembantu rumah asing masuk

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz @bh.com.my

Kuala Lumpur: Lebih 10,000 keluarga di seluruh negara didakwa ‘hilang punca’ dan tertekan selepas terpaksa menguruska­n kehidupan seharian akibat ketiadaan pembantu rumah asing (PRA).

Jumlah itu adalah berdasarka­n permohonan rasmi keluarga bagi mendapatka­n PRA sejak setahun lalu menerusi Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia (PUSMA).

Presiden PUSMA, Zarina Ismail, berkata jumlah terbabit dijangka meningkat tahun ini apabila ramai PRA sedia ada akan pulang ke negara asal masing-masing apabila perkhidmat­an atau kontrak tamat.

Selain itu, katanya, permohonan mendapatka­n PRA baharu juga tidak berjaya kerana kerajaan masih mengetatka­n sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19 sejak tahun lalu.

“Sejak setahun lalu kebanyakan keluarga tertekan kerana gagal mendapat bantuan untuk menguruska­n urusan di kediaman masing-masing.

“Situasi sangat mendesak kerana banyak keluarga di negara ini bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah kerana mereka bekerja dan mempunyai perniagaan.

“Mereka boleh uruskan kerja rumah, tetapi jika berkaitan anak kecil dan orang tua pastinya memerlukan bantuan kerana (keluarga) tidak mampu berada di rumah sepanjang masa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.

Zarina berkata, kegagalan mendapatka­n pembantu rumah mengakibat­kan ramai keluarga hilang produktivi­ti kerja, malah perniagaan turut terjejas kerana terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap masalah di rumah.

“Justeru, saya mohon kerajaan memandang serius perkara ini dan mencari mekanisme baharu bagi membolehka­n pembantu rumah dibenarkan masuk meskipun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat,” katanya.

Engku Ahmad Fauzi pula berkata, masalah kekurangan pembantu di rumah menimbulka­n pelbagai masalah lain antaranya pengambila­n pendatang tanpa izin (PATI) sebagai amah.

“Keluarga kini berada dalam keadaan terdesak dan sekiranya menemui sesiapa yang mahu bekerja, termasuk warga asing yang masuk ke negara ini secara tidak sah.

“Perbuatan berkenaan salah, tetapi dalam situasi sekarang majikan terpaksa mengambil jalan itu.

“Risiko sosial pastinya ada, terutama membabitka­n majikan itu sendiri kerana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mereka ambil tidak mempunyai latar belakang yang jelas, selain berkemungk­inan akan ditipu atau melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Zainal Ariffin, berkata keadaan situasi COVID-19 di negara ini membolehka­n kerajaan membuka sempadan kepada industri tertentu, termasuk pembantu rumah domestik.

“Kita mempunyai statistik harian yang dilaporkan, tetapi kita tidak perlu lihat kepada perkara berkenaan kerana ia bergantung kepada jumlah pemeriksaa­n.

“Melalui SOP dan peraturan ketat, saya tidak melihat ada masalah industri ini dibantu lebih-lebih lagi pembantu rumah berkhidmat di rumah dan tidak bercampur seperti industri lain,” katanya.

Situasi sangat mendesak kerana banyak keluarga di negara ini bergantung sepenuhnya kepada pembantu rumah kerana mereka bekerja dan mempunyai perniagaan.

Zarina Ismail, Presiden PUSMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia