Berita Harian

Peniaga daging enggan jual ikut harga siling musim perayaan

Dakwa terpaksa jual mahal ikut harga pasaran untuk tampung kos

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kebanyakan peniaga daging tempatan kini menjual barangan keperluan terbabit mengikut harga pasaran, melebihi paras siling ditetapkan kerajaan menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021.

Kebanyakan peniaga dikatakan menjual daging tempatan pada harga antara RM38 hingga RM42 sekilogram (kg), berbanding Rm34/kg seperti ditetapkan

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam SHMMP.

Malah, peniaga daging terbabit sedia ke mahkamah jika dikenakan tindakan oleh KPDNHEP kerana melanggar skim harga maksimum itu.

Pengerusi Kelab Generasi Transforma­si Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat, mendakwa ramai peniaga nekad menjual mengikut harga pasaran, melebihi paras siling SHMMP kerana kos tinggi yang ditanggung mereka.

“Kami nekad tidak akan ikut harga RM34 (ditetapkan dalam SHMMP) sebab memang tidak boleh tampung kos. Jika dikenakan tindakan, kami akan bawa ke muka pengadilan.

“Kami dimaklumka­n ada peniaga sudah dikenakan amaran kerana melanggar harga siling ditetapkan.

“Kami sudah menubuhkan Sekretaria­t Bangsa Penternak untuk membantu golongan peniaga daging dan penternak jika ada yang dikenakan tindakan oleh KPDNHEP,” katanya kepada BH, semalam.

Nordin mendakwa, harga RM34 yang ditetapkan kerajaan menerusi SHMMP menyebabka­n golongan penternak dan peniaga daging terpaksa menanggung kerugian.

“Sekarang harga paling bersesuaia­n ialah RM38 hingga RM42 sekilogram, harga kos adalah lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kami minta kerajaan naikkan harga siling pada kadar sepatutnya kerana ia memberi masalah besar buat kami,” katanya.

Justeru itu, Nordin berkata, pihaknya juga sudah menyerahka­n memorandum kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan KPDNHEP berhubung perkara itu.

Beliau berkata, bagi penternaka­n lembu, kos paling tinggi adalah membabitka­n makanan yang merangkumi sebanyak 75 peratus.

Sehubungan itu, katanya, ramai peniaga daging kini terpaksa menjual pada harga melebihi SHMMP bagi mengelak menampung kerugian.

Nordin berkata, bagi penggunaan sepanjang Ramadan, penghasila­n terhadap bekalan daging lembu melonjak kepada lebih 10,000 tan.

Beliau berkata, secara keseluruha­n GTR menghasilk­an sekitar 30 hingga 40 tan bekalan daging tempatan setahun.

 ??  ??
 ??  ?? Nordin Mat
Nordin Mat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia