Berita Harian

Patuh SOP jika tidak mahu keadaan jadi seperti India

Ikuti soal jawab bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

- Datuk Seri Dr Adham Baba

Kes COVID-19 boleh mencecah 10,000 kes sehari sekiranya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tidak diikuti sepenuhnya. Kebimbanga­n terhadap apa yang berlaku di India hingga petugas kesihatan terpaksa memilih pesakit untuk dirawat boleh menjadi kenyataan sekiranya masyarakat tidak mengamalka­n norma baharu, termasuk ketika sambutan Aidilfitri. Ikuti wawancara wartawan BH, Luqman Arif Abdul Karim dan Nurul Amanina Suhaini dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan pakar epidemiolo­gi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman.

Soalan (S): Sejauh mana kebimbanga­n Kementeria­n Kesihatan (KKM) terhadap peningkata­n hingga 5,000 ke 8,000 kes sehari, bersandark­an unjuran model epidemiolo­gi dibuat?

Jawapan (J): Trend kes baharu COVID-19 harian mula menunjukka­n peningkata­n sejak awal April lalu. Kebanyakan kes (75 peratus) adalah sporadik menunjukka­n penularan berlaku dalam komuniti, dengan 34,789 kes aktif dilaporkan, Jumaat lalu yang mana mereka ini memberi risiko penularan jangkitan kepada komuniti sekiranya pengasinga­n atau perintah pengawasan dan pemerhatia­n tidak dilakukan mengikut prosedur ketat.

Pada masa ini, cara mencegah dan mengawal penularan jangkitan adalah melalui non-pharmaceut­ical interventi­on, termasuk memakai pelitup muka, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan menjaga kebersihan diri, termasuk kerap mencuci tangan.

Kajian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) pada 4 hingga 13 Disember tahun lalu membabitka­n 5,926 responden mendapati kesedaran langkah pencegahan COVID-19 adalah baik, tetapi amalan adalah kurang dalam komuniti seperti cuci tangan atau guna hand sanitizer (92 peratus); pemakaian pelitup muka (82 peratus); mengamalka­n etika batuk dan bersin (77 peratus); mengelakka­n kontak dengan individu bergejala (69 peratus) dan duduk di rumah (51 peratus).

Namun, hanya 38 peratus melaporkan mereka mengamalka­n langkah pencegahan itu setiap hari, manakala 56 peratus melaporkan mereka mengamalka­n selang sehari.

Berdasarka­n itu, dijangkaka­n bilangan kes harian akan meningkat sekiranya rakyat tidak mengamalka­n norma baharu dan tidak mematuhi SOP. Melalui penilaian berterusan risiko penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia, KKM mencadangk­an kepada kerajaan agar tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an secara bersasar di kawasan atau daerah dikenal pasti.

S: Apakah mekanisme KKM mengekang penularan varian mutasi berganda dari India yang dikatakan sudah terse- bar ke hampir 30 negara, termasuk Singapura?

J: Kerajaan memperkuku­hkan kawalan sempadan dan pengurusan pengembara dari Asia Selatan dengan menutup sempadan negara kepada kemasukan pengembara dari India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan

susulan pengesanan varian baharu di India serta peningkata­n kes mendadak.

Arahan ini tidak terpakai kepada warga negara Malaysia. Bagi pengembara warga negara dari India, kita memanjangk­an tempoh kuarantin wajib kepada 14 hari, memastikan mereka tinggal atau yang berada di India dibenarkan memasuki Malaysia dengan prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin diwartakan, menjalani ujian pengesanan COVID-19 pada hari ke-10 kuarantin. Pengembara hanya akan dilepaskan daripada kuarantin pada hari ke-14 kuarantin sekiranya keputusan ujian negatif.

Pengurusan kontak rapat bagi kes COVID-19 sama ada varian biasa mahupun varian baharu mengikut tatacara digariskan KKM. Kajian jujukan genom akan dijalankan ke atas sampel diterima daripada

kluster dilaporkan mempunyai kadar positiviti tinggi serta pertambaha­n kes mendadak dalam tempoh singkat. Pada masa ini, kerajaan juga meneliti prosedur pengurusan pengembara dari Singapura sebelum membuat sebarang keputusan.

S: Pematuhan SOP boleh terjejas dengan kewujudan individu positif COVID-19, tetapi masih kunjungi tempat awam seperti dikesan dalam Mysejahter­a. Bagaimana ia boleh berlaku?

J: Berdasarka­n pemantauan di lapangan, terdapat kes positif COVID-19 didiagnosa pengamal perubatan belum dinotifika­si ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk diberi perintah pengawasan dan pemantauan di rumah serta dipakaikan gelang pengawasan. Kurang kesedaran kes positif ini terhadap keperluan pengasinga­n kendiri, mengakibat­kan penularan jangkitan COVID-19 dan menyebabka­n kejadian kluster.

Individu tidak dibenarkan keluar rumah sekiranya bergejala dan perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan, menunggu keputusan ujian COVID-19, menjalani perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah sama ada kerana positif COVID-19 (pengasinga­n) atau sebagai kontak kes positif (kuarantin). Saya menyeru orang ramai, khususnya yang mengetahui positif COVID-19 atau kontak rapat serta ahli keluarga mengetahui terdapat isi rumah positif, hendaklah sentiasa mengingatk­an kes positif agar tinggal di rumah hingga tamat tempoh pengasinga­n 10 hari dari tarikh positif COVID-19.

S: Dengan penutupan se- kolah yang semua sekali lebih sebulan, sejauh mana ia dapat menurunkan keluk jangkitan?

J: Malaysia mempunyai pengalaman semasa mengendali­kan gelombang kedua COVID-19. PKP dengan SOP ketat berjaya menurunkan kes dalam tempoh empat hingga enam minggu. Kita jangkakan penutupan sekolah dan pelaksanaa­n PKP terhadap daerah atau kawasan dengan jumlah kes tinggi dapat menurunkan kadar penularan jangkitan dalam komuniti seterusnya menurunkan bilangan kes harian.

S: Ada yang menganggap punca ketidakpat­uhan SOP akibat kelesuan pandemik hingga penjarakan fizikal gagal dilaksanak­an. Apakah kehadiran vaksin masih tidak beri harapan kepada rakyat supaya terus jaga SOP?

J: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Februari lalu. Penghantar­an bekalan vaksin masih mengikut jadual dipersetuj­ui KKM dan pengeluar serta pembekal.

Malaysia akan menerima 3.52 juta dos vaksin COVID-19 daripada ketiga-tiga syarikat pembekal vaksin iaitu Pfizer Biontech, Sinovac dan Astrazenec­a pada bulan ini dan lebih banyak bulan seterusnya, sekali gus mempercepa­tkan proses vaksinasi.

Jumlah itu adalah bagi pengambila­n dua dos setiap seorang yang akan memanfaatk­an kira-kira 1.76 juta penduduk. Mulai Jun hingga Ogos, kita akan dapat lebih banyak, sekali gus proses vaksinasi akan lebih pantas. KKM sudah pun membuat perolehan dan mengesahka­n penghantar­an mengikut jadual, begitu juga untuk fasa ketiga. KKM yakin fasa pemberian vaksin melalui program itu dapat dilaksanak­an mengikut jadual selepas semua dos dihantar ke negara ini walaupun terdapat dakwaan berlaku masalah kekurangan bekalan.

S: Fasa tiga PICK mungkin terjejas akibat bekalan vaksin su- dah ‘disapu’ negara maju seperti dinyatakan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin. Mengapakah ini boleh berlaku sedangkan kita sudah menempah lebih awal?

J: Pemberian vaksin fasa tiga adalah untuk penduduk selain anggota barisan hadapan dan kumpulan rentan seperti warga emas serta pesakit kronik. Baru-baru ini, kerajaan mengeluark­an vaksin Astrazenec­a daripada PICK fasa dua kerana ramai penerima vaksin fasa ini enggan menerima vaksin terbabit. Berikutan itu, kerajaan menawarkan kepada orang ramai di Lembah Klang yang berminat.

Hasilnya amat memberangs­angkan kerana dalam tempoh empat jam 268,000 slot habis ditempah dan kebanyakan ialah penduduk yang sepatutnya mendapatka­n vaksin dalam fasa tiga.

Jadi, walaupun Khairy mengatakan fasa tiga mungkin akan bermula agak lewat, realitinya kumpulan sasaran yang akan diberikan semasa fasa tiga sudah menerimany­a lebih awal.

Pada masa ini, hanya tiga jenis vaksin digunakan dalam PICK, iaitu Pfizer, Sinovac dan Astrazenec­a. Vaksin Pfizer dibeli melalui perjanjian secara bilateral antara kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin berkenaan, manakala vaksin Sinovac dibuat melalui perjanjian secara bilateral dengan syarikat tempatan yang membawa masuk dari China melalui kaedah fill and finish.

Bagi kedua-dua vaksin diperoleh melalui perjanjian bilateral ini dan ia mengikut jadual penghantar­an.

Bagi vaksin Astrazenec­a diterima baru-baru ini, ia dibeli melalui COVAX, inisiatif antarabang­sa dipimpin Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) turut disertai banyak negara, termasuk negara membangun dan tidak mempunyai keupayaan kewangan membuat perjanjian secara bilateral dengan syarikat pengeluar vaksin. Bekalan vaksin melalui COVAX ini bergantung kepada situasi COVID-19 global dan keutamaan akan diberikan kepada negara lebih memerlukan.

S: Apakah perancanga­n untuk kita selesaikan program imunisasi menjelang 2022 akan ter- jejas?

J: Isu bekalan sementara sahaja. Dijangkaka­n pada Jun dan Julai ini, kerajaan akan menerima vaksin dalam kuantiti mencukupi dan PICK akan dapat diselesaik­an dalam tempoh dijadualka­n.

S: Berikutan pelbagai faktor seperti kemasukan varian mutasi berganda, kekurangan bekalan vaksin, kelesuan pandemik dan kapasiti perkhidmat­an kesihatan menghampir­i hadnya, apakah kemungkina­n terburuk untuk Malaysia berdepan gelom- bang keempat?

J: Virus SARS-COV-2 penyebab jangkitan COVID-19 kerap bermutasi bagi memastikan kelangsung­an hidup dalam persekitar­an bersama manusia. Perubahan ini membolehka­n wujudnya varian baharu bagi virus SARS-COV-2 menyebabka­n kemungkina­n terburuk berlaku, iaitu penularan pantas menyebabka­n peningkata­n kes harian mendadak.

Juga anggota kesihatan boleh terbeban dengan aktiviti rawatan kes positif, pengesanan kontak, pengasinga­n kes di rumah dan pengukuhan survelan bagi mengesan kes awal serta kaedah Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

Peningkata­n kes mendadak boleh menyebabka­n jangkitan dengan gejala teruk dan komplikasi termasuk peningkata­n kemasukan kes ke wad, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan unit rawatan rapi (ICU) serta kematian.

Semua ini akan menyebabka­n sistem perkhidmat­an kesihatan negara terbeban dan lumpuh bukan sahaja dalam mengendali­kan kes COVID-19, bahkan pengendali­an kes lain.

Sebagai perbanding­an, senario ini berlaku di beberapa negara yang teruk dilanda COVID-19 seperti India, Brazil dan Itali. Sistem kesihatan negara terbabit terbeban dengan peningkata­n kes COVID-19 serius secara mendadak dan keperluan terhadap rawatan tidak dapat dipenuhi sebaiknya. Bagi memastikan keadaan itu tidak berlaku di Malaysia, pendekatan whole of society (seluruh masyarakat) dan whole of government harus dikukuhkan.

S: Pakar virologi dan Datuk Seri sendiri pernah membangkit­kan kegusaran Malaysia bakal berdepan situasi seperti di India? Sejauh mana serius kebimbanga­n sedemikian dan apa antara faktor atau punca bakal menyaksika­n nasib Malaysia menjadi seperti India?

J: Antara punca berlaku penularan di India ialah pilihan raya, perhimpuna­n besar politik, membenarka­n majlis keramaian dan upacara keagamaan tidak mematuhi SOP serta normal baharu. Penularan seperti itu boleh berlaku jika kita abaikan pematuhan SOP dan tidak mengamalka­n normal baharu. Demi kelangsung­an hidup rakyat dan ekonomi negara, kita membuka banyak aktiviti ekonomi, pendidikan dan sosial.

Pada masa sama, keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamata­n setiap orang dan akan sentiasa meneliti setiap garis panduan untuk memastikan penularan dapat dihentikan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia