Berita Harian

Ambil iktibar ‘tsunami’ pandemik landa India

Pergerakan rentas daerah, negeri pasti wujudkan jangkitan dalam komuniti

- saiful.haizan@nstp.com.my Oleh Saiful Haizan Hasam

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) meminta semua pihak mengambil iktibar daripada ‘tsunami’ pandemik COVID-19 yang berlaku di India, bagi mengelakka­n kejadian itu berlaku di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ‘tsunami’ COVID-19 di India berlaku apabila pemimpin mereka pada 7 Mac lalu mengisytih­arkan negara itu berjaya mengawal pandemik dengan baik sehingga perintah kawalannya ditamatkan.

Beliau berkata, pengumuman itu menyebabka­n rakyat India tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlaku perhimpuna­n besar-besaran di pantai, acara keagamaan dan majlis perkahwina­n.

Katanya, India juga mengadakan lima pilihan raya negeri dalam musim pandemik dengan kempen membabitka­n lebih 200,000 orang tanpa penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka sehingga jangkitan meletus.

“Kita juga telah melihat apa yang berlaku di Sabah (yang mengadakan pilihan raya negeri). Kalau kita tidak guna Ordinan Darurat, pilihan raya negeri (PRN) Sarawak terpaksa diadakan pada Jun ini.

“Kita juga guna Ordinan Darurat untuk elak tiga pilihan raya kecil (PRK) di Batu Sapi, Bugaya dan Gerik... kalau ada PRK pasti ada perhimpuna­n (dan risiko jangkitan),” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Dr Noor Hisham memberikan contoh, bagaimana Kluster Pasai berlaku di Sarawak yang berpunca daripada seorang individu dari Johor, yang balik ke negeri itu sehingga mencetuska­n jangkitan dan kluster berkenaan.

Kes indeks itu ke Sarawak dari Johor Bahru pada Januari lepas, susulan kematian ayahnya sebelum menjangkit­i 2,693 kes lain, walaupun disahkan negatif ketika ujian saringan, sebelum berlepas ke negeri Bumi Kenyalang itu.

“Ia juga mengakibat­kan 29 kematian dan menjangkit­i 58 rumah panjang lain. Ini yang kita bimbang jika rentas negeri atau daerah.

“Bayangkan jika rakyat Sarawak yang berada di Sabah dan Semenanjun­g balik mengundi beramai-ramai dalam PRN itu, pastinya jangkitan yang lebih besar boleh berlaku.

“Jika jangkitan berlaku di pedalaman, pusat kesihatan kita mungkin tidak mampu mengesan dan merawatnya, tambah pula jika berlaku di kawasan yang jauh,” katanya.

Justeru itu, Dr Noor Hisham melahirkan kebimbanga­n jika pergerakan rentas negeri atau daerah dibenarkan, ia pasti akan mewujudkan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, KKM mengesan 46 kluster jangkitan COVID-19 berkaitan aktiviti rentas negeri sejak 7 Disember lalu sehingga hari ini, yang membabitka­n 6,044 kes di seluruh negara dan 14 kluster direkodkan sepanjang April.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ?? Anggota polis membuat sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutua­n, Kuala Lumpur bagi menyekat pergerakan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran, semalam.
(Foto Azhar Ramli/bh) Anggota polis membuat sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutua­n, Kuala Lumpur bagi menyekat pergerakan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia