Berita Harian

Dua kit ujian akan dijual di farmasi

-

Putrajaya: Kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 akan tersedia dalam pasaran negara ini dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan COVID-19.

Katanya, dua kit ujian akan diperkenal­kan dan bakal dijual di farmasi.

“Selain ujian RT-PCR dan juga RTK Antigen, kita ada dua teknik yang guna air liur. Jadi kita akan gunakan kaedah tersebut dan ada lagi satu ujian yang boleh dilakukan sendiri bukan petugas kesihatan buat iaitu menggunaka­n air liur.

“Kita boleh beli dan ia macam ujian urin untuk kehamilan. Kita beli dan boleh buat sendiri. Ini boleh dilaksanak­an individu tersebut. Boleh dilakukan di rumah dan kalau positif boleh disaring. Ini akan dilaksanak­an dalam tempoh terdekat.

“Sekarang ini, dua syarikat dengan dua kit ujian dikenal pasti dan kini dalam pendaftara­n. Apabila mereka daftar...boleh dapatkan kit ujian ini di farmasi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ada kit ujian air liur yang perlu dikendalik­an petugas kesihatan bagi memastikan keputusan saringan diperoleh tepat.

Beliau berkata, petugas kesihatan akan diberi latihan untuk menggunaka­n kit ujian itu.

“Kit ujian lain kena dijalankan petugas kesihatan kerana sampel air liur itu penting kalau tidak tepat mungkin negatif.

“Jadi, kita kena latih petugas kita untuk pastikan mereka dapatkan deep throat saliva (sampel air liur dalam tekak). Itu yang penting,” katanya.

Mengenai pengesanan COVID-19 dalam kalangan individu tanpa gejala, Dr Noor Hisham menjelaska­n, status sama ada mereka mempunyai kontak rapat atau kontak kasual akan dimaklumka­n menerusi aplikasi Mysejahter­a.

Katanya, apabila individu berkenaan dimaklumka­n, sama ada mereka menjadi kontak rapat atau kasual, beberapa langkah boleh diambil.

“Kalau kita berada dalam komuniti atau rapat dengan kes positif, kita akan dimaklumka­n. Apabila dimaklumka­n, kita kena ambil tindakan kendiri untuk menjalanka­n pengasinga­n dan sebagainya.

“Hati-hati kalau kita ada gejala atau tidak. Kita juga boleh jalankan ujian, tetapi bukan kemestian, untuk kontak rapat, kita juga gunakan Mysejahter­a.

“Setakat ini, 50 peratus kontak rapat menggunaka­n Mysejahter­a dan ini membantu kita melihat kes positif, tetapi kalau ada pendedahan kepada kes positif atau kontak kasual, boleh pergi klinik dapatkan ujian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia