Berita Harian

PKP di daerah Pahang, Perak Pulau Pinang mulai esok

Perintah dilaksana 2 minggu susulan peningkata­n kes sporadik

- mohd_iskandar@bh.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Pelaksanaa­n PKP di kawasan ini memudahkan KKM melaksanak­an pengawalan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain Ismail Sabri Yaakob,

Menteri Kanan (Keselamata­n)

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan terhadap beberapa daerah dan mukim di Pahang, Pulau Pinang serta Perak, selama dua minggu berkuat kuasa mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaa­n PKP di Pahang membabitka­n Kuantan selepas Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaporkan 1,578 kes positif COVID-19 dengan kadar kebolehjan­gkitan tinggi di daerah berkenaan.

Beliau berkata, KKM turut mengesan peningkata­n jumlah kes sporadik dalam daerah terbabit dengan 10 kluster aktif direkodkan setakat ini.

“Di Pulau Pinang, PKP dikenakan terhadap tiga daerah dan tiga mukim selepas KKM melaporkan 14 kluster aktif ketika ini dengan kadar insiden semakin meningkatk­an.

“Pelaksanaa­n PKP ini membabitka­n daerah Timur Luat, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterwort­h, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ismail Sabri berkata, PKP di Perak pula membabitka­n mukim Hulu Kinta merangkumi Ipoh, Chemor dan Tanjong Rambutan serta mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak.

Katanya, bagi mukim Hulu Kinta, KKM mengesan peningkata­n kes ketara apabila 176 kes positif direkodkan daripada 1,185 saringan dengan kadar positif 14.85 peratus.

“Peningkata­n kes secara mendadak turut dikesan di mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang. KKM melaporkan peningkata­n kes secara mendadak di dua institusi dengan kadar positif yang tinggi.

“Pelaksanaa­n PKP di kawasan ini memudahkan KKM melaksanak­an pengawalan seterusnya mengekang penularan COVID-19 ke kawasan lain,” katanya.

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dikenakan terhadap Kampung Meripoh dan Kota Bahagia dekat Muadzam Shah, selama dua minggu mulai esok.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Tenikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga kini, KKM melaksanak­an 221 saringan dan daripada jumlah itu, 11 orang didapati positif COVID-19, 22 negatif serta 188 baki sampel saringan, masih menunggu keputusan.

“Pelaksanaa­n PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanak­an saringan secara bersasar terhadap semua yang terbabit, seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti luar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dikenakan terhadap Genting View Resort, Apartment Meranti, Windmills Condo, Vista Residence, Apartment Mawar, Midhill Apartment dan Apartment Ramin selama dua minggu bermula esok.

Beliau berkata, KKM mengesahka­n peningkata­n ketara kes dalam tempoh dua minggu di kawasan itu apabila 13 kes positif direkodkan daripada 50 individu yang disaring.

Dalam perkembang­an berasingan, Ismail Sabri berkata, 332 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan 331 daripada jumlah itu dikompaun manakala seorang lagi direman.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia