Berita Harian

666,495 lengkap dua dos suntikan vaksin

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 666,495 individu melengkapk­an dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat kelmarin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau menerusi akaun Twitternya semalam berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1,060,773 individu yang menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 1,727,268 dos setakat semalam.

Menurut infografik dikongsika­n beliau, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 144,372 dos, Kuala Lumpur (106,093), Sarawak (102,265), Perak (93,011) dan Johor (90,195).

Setakat semalam 40.9 peratus atau 9,924,276 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatat jumlah pendaftara­n tertinggi sebanyak 2,549,809 individu.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin bermula Februari hingga bulan ini membabitka­n 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos pula membabitka­n 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU), manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei hingga Februari 2022, membabitka­n individu 18 tahun dan ke atas, warganegar­a dan bukan warganegar­a dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. BERNAMA

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Orang ramai berada di tempat awam perlu menjaga kawalan kendiri dan mematuhi SOP bagi mengelak dijangkiti COVID-19.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Orang ramai berada di tempat awam perlu menjaga kawalan kendiri dan mematuhi SOP bagi mengelak dijangkiti COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia