Berita Harian

JMB gagal patuhi SOP dikompaun RM10,000

-

Kuala Lumpur: Kegagalan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah premis di ibu negara memastikan penghuni dan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengundang padah apabila dikompaun RM10,000, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata kompaun dikeluarka­n selepas pihak JMB didapati gagal memastikan penghuni dan pengunjung membuat imbasan Mysejahter­a atau mendaftar dalam buku daftar yang disyaratka­n dalam SOP PKP yang sedang berkuat kuasa.

“Kompaun dikeluarka­n mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan

Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan (No 4) (Pindaan) (No 16) 2021,” katanya.

“Justeru, semua pemilik premis di daerah ini dinasihatk­an terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan memberi kerjasama untuk memerangi COVID-19,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemilik premis adalah pihak bertanggun­gjawab memastikan penghuni dan pengunjung mematuhi SOP ketika berada di dalam premis mereka.

Katanya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana JMB sekiranya SOP yang ditetapkan itu gagal dipatuhi termasuk memastikan penghuni dan pengunjung memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia