Berita Harian

FAMA jual RM58 sekilogram ikut bahagian

-

Yan: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Kedah, antara pembekal utama di Kedah menjual daging lembu tempatan sehingga RM58 sekilogram mengikut bahagian.

Harga itu ditetapkan oleh Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan dipersetuj­ui FAMA walaupun Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga siling daging lembu tempatan ialah RM34 mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah, berkata harga daging tempatan tidak melebihi RM35 sekilogram (kg) tetapi bagi daging harimau menangis (bahagian dalam paha belakang lembu) harganya RM58 sekilogram manakala daging batang pinang pula RM42 sekilogram.

“Bagi tulang campuran pula harganya adalah RM32 sekilogram, jantung RM25, hati RM28, limpa dan paru RM33, perut RM25, tetal RM20 serta ekor pula RM37 sekilogram.

“Bagi harga tulang kaki pula, ia dijual dengan harga RM45 seunit manakala kepala RM60 seunit,” katanya.

Beliau berkata FAMA Kedah memberi jaminan bekalan barangan keperluan bagi perayaan Aidilfitri di negeri ini mencukupi.

Beliau berkata, pihaknya turut menawarkan harga berpatutan di 185 outlet FAMA dengan bilangan peserta (peniaga) seramai 1,024 orang di seluruh negeri.

“Di Kedah kita mempunyai sebanyak empat Pasar Tani Kekal (PTK) dan 15 Pasar Tani, orang ramai boleh mendapatka­n bahan mentah seperti ayam, daging, kelapa dan sayur-sayuran segar dengan harga yang tidak melebihi harga siling ditetapkan kerajaan.

“Bagaimanap­un di negeri ini harga ayam kita boleh dapat dengan lebih murah berbanding harga ditetapkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu RM7.90 sekilogram berikutan Kedah mempunyai sebuah syarikat yang menjadi antara pengeluar ayam terbesar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Jualan Pra-syawal di PTK Guar Chempedak, di sini, semalam.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Isa (kanan) mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menyampaik­an sumbangan kepada Wan Ahmad Wan Ismail pada Majlis Jualan Pra-syawal di Pasar Tani Kekal Guar Chempedak, semalam.
(Foto BERNAMA) Isa (kanan) mengiringi Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menyampaik­an sumbangan kepada Wan Ahmad Wan Ismail pada Majlis Jualan Pra-syawal di Pasar Tani Kekal Guar Chempedak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia