Berita Harian

Padah pinjam along buat persiapan Aidilfitri

-

Johor Bahru: Akibat hilang pekerjaan, ada yang terpaksa meminjam wang daripada pemberi pinjam wang haram atau along untuk membuat persiapan Aidilfitri.

Walaupun pinjaman membabitka­n jumlah yang kecil, perbuatan itu ibarat mengundang musibah apabila mereka terjerat dengan kerakusan lintah darat itu.

Ketua Biro MCA Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon, berkata setakat ini beliau menerima aduan lebih 10 individu selepas terjerat dengan bayaran bunga terlalu tinggi.

Katanya, individu terbabit hanya meminjam dalam jumlah RM1,000 hingga RM2,000, namun, disebabkan kadar bunga yang tinggi, mereka terpaksa membayar dua kali ganda malah lebih.

“Biasanya mereka meminjam untuk buat persiapan raya, beli baju anak dan hantar kepada keluarga di kampung,” katanya.

Michael Tay berkata, sejak awal tahun ini, hampir 50 peminjam ceti haram membuat aduan kepadanya kerana tidak mampu membayar kadar bunga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia