Berita Harian

Usah sampai pilih siapa hidup, mati

-

Gerun Belalang dengar peringatan Ketua Pengarah Kesihatan yang tidak mahu kita mengalami situasi di negara yang petugas kesihatan terpaksa ‘memilih’ siapa hidup dan mati untuk dirawat di hospital.

Belalang harap kita menjadikan­nya sebagai isyarat amaran untuk kembali mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan ketat. Usah ada cari ‘jalan tikus’ langgar larangan rentas daerah dan negeri.

Seperti harapan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk kepentinga­n bersama, kita jadikan tempoh dua minggu ini termasuk musim perayaan sebagai ruang penampan bagi menurunkan jumlah kes positif COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia