Berita Harian

Betul keutamaan beraya atau selamat

-

Belalang geleng kepala ada individu enggan hadir jalani kuarantin kerana ingin sambut Aidilfitri di rumah. Terpaksa pula petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ketuk pintu untuk pujuk hadir ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19.

Sikap penting diri ini bukan saja menyusahka­n barisan hadapan, malah membahayak­an diri, keluarga dan masyarakat. Harapnya tiada pula individu bergejala, tetapi tidak mahu menjalani pemeriksaa­n kesihatan kerana alasan sama.

Dalam Aidilfitri tinggal beberapa hari, elok kita membetulka­n keutamaan, iaitu kesihatan dan keselamata­n. Walaupun ziarah 1 Syawal dibenarkan, tidak perlu berbuat demikian sekiranya babitkan ibu bapa uzur, orang tua dan golongan rentan.

Ramai bercakap dan mengkritik isu integriti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Berita penahanan anggota polis dan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN) tentu membimbang­kan umum.

Untuk itu, Belalang sokong misi utama KPN, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk memperkasa integriti pasukan. Tentunya, banyak lagi langkah menyusul kerana latihan berkala sahaja tidak mencukupi.

Namun, Belalang harap isu moral dan kebajikan anggota turut diberikan perhatian. Kita tidak mahu salah guna kuasa dan rasuah dilakukan segelintir, menjejaska­n semangat pasukan, sekali gus mengurangk­an keyakinan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia