Berita Harian

UMNO tentukan langkah lanjut jika tiada PRU-15 selepas Ogos

-

Pasir Salak: UMNO akan menentukan tindakan seterusnya selepas Ogos ini jika pada waktu itu tiada pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak boleh diadakan kerana keadaan COVID-19 belum reda.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata UMNO menetapkan Ogos ini sebagai tempoh akhir memberikan sokongan dan kerjasama kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kita menetapkan Ogos ini sebagai tamatnya (sokongan) UMNO dan PN dan berharap Parlimen akan dibubarkan (untuk melakukan PRU-15) tetapi ia seandainya keadaan mengizinka­n iaitu COVID-19 sudah reda, darurat ditarik balik barulah PRU.

“Kalau kes terus meningkat, waktu itu kita akan pertimbang­kan semula, apa yang perlu dibuat dan tempoh berapa lama,” katanya selepas menyerahka­n bantuan Aidilfitri kepada asnaf Parlimen Pasir Salak di Dewan Besar Pekan Rabu, semalam.

Beliau berkata UMNO tidak akan mendesak supaya menyegerak­an PRU-15 ketika negara terus mencatatka­n peningkata­n kes COVID-19.

Katanya, UMNO akur dalam situasi semasa pandemik COVID-19 ketika ini dan akan terus membantu rakyat.

“Sementara ini kita akur dengan keadaan wabak ketika ini tetapi terus prihatin dan bantu rakyat,” katanya.

Justeru, katanya, UMNO menolak tuduhan sesetengah pihak bahawa ia hanya berpolitik tanpa hiraukan rakyat ketika pandemik.

“Kita tak mungkin dapat semua ini (pembanguna­n) kalau UMNO asyik politik saja, kita buat kerja untuk rakyat dan negara, (melakukan) pembanguna­n untuk rakyat dan (membela) nasib rakyat.

“Banyak orang tuduh kita nak politik saja. Bukan kita abaikan (nasib rakyat ketika pandemik) dan dalam keadaan COVID-19 sekarang takkan nak ada PRU, pemimpin UMNO bukannya tiada otak (tetapi) kita akan gunakan pemikiran waras dalam keadaan ini,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tajuddin menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada asnaf di Dewan Pekan Rabu, Pasir Salak, semalam.
(Foto BERNAMA) Tajuddin menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada asnaf di Dewan Pekan Rabu, Pasir Salak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia