Berita Harian

Tiga beranak dapat rumah baharu selepas Aidilfitri

-

Kota Bharu: “Alhamdulil­lah, selepas raya (Aidilfitri) nanti, kami bertiga dapat pindah ke rumah baharu,” kata Abi Maziri Abu Bakar.

Abi Maziri, 38, yang menetap bersama ibu, Marizan Mat Zain, 55, serta adiknya, Amir Musryidan, 31, di rumah pusaka yang menunggu masa untuk rebah ke bumi, tidak sabar menantikan rumah baharu mereka untuk siap.

Rumah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu diluluskan awal tahun ini dengan kos sebanyak RM48,000 dan masih dalam pembinaan.

Seakan tidak sabar untuk berpindah ke rumah yang didirikan bersebelah­an kediaman sekarang, Abi Maziri yang tidak berkahwin kerana menjaga ibu yang menghidap skizofreni­a serta adik dalam kategori orang kurang upaya (OKU) mental akibat kemalangan jalan raya mampu menarik nafas lega kerana mereka bertiga sudah tidak perlu ‘berwaspada’ dalam rumah lagi selepas ini.

“Rumah pusaka sekarang sudah terlalu uzur disebabkan banyak kayu dimakan anai-anai di bahagian dinding dan lantai.

“Daripada tiga bilik, hanya sebuah boleh digunakan yang kini dihuni adik, manakala saya dan emak tidur di tengah ruang tamu kerana sebahagian besar ruang itu sudah berlubang lantainya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Setang, Beta Hulu, di sini, baru-baru ini.

Kisah Abi Maziri bersama ibu serta adiknya yang tinggal di rumah uzur dan hampir menyembah bumi pernah disiarkan sebelum ini dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang turut menziarah ketika itu membantu membuat permohonan kepada MAIK sebelum ia diluluskan tidak lama kemudian.

Abi Maziri berkata, mereka tidak termimpi untuk mendapat rumah baharu yang jauh lebih selesa kerana pernah beberapa kali membuat permohonan kepada pihak berwajib dan tidak mendapat sebarang jawapan.

 ?? (Foto Hasan Omar/bh) ?? Rauf mengagihka­n telur kepada anggota komuniti di JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah, semalam.
(Foto Hasan Omar/bh) Rauf mengagihka­n telur kepada anggota komuniti di JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah, semalam.
 ?? (Foto Siti Rohana Idris/bh) ?? Abi Maziri (dua dari kiri) dan ibunya, Marizan (tiga dari kiri) di hadapan rumah baharu dalam pembinaan di Beta Hulu, Kota Bharu.
(Foto Siti Rohana Idris/bh) Abi Maziri (dua dari kiri) dan ibunya, Marizan (tiga dari kiri) di hadapan rumah baharu dalam pembinaan di Beta Hulu, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia