Berita Harian

PGA rampas 13 lembu cuba diseludup

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kota Bharu: Sekumpulan lelaki menggunaka­n taktik mengheret 13 lembu menggunaka­n perahu untuk menyeludup haiwan terbabit menyeberan­gi Sungai Golok menerusi pangkalan haram Mek Gombak dekat Rantau Panjang, semalam.

Bagaimanap­un taktik mereka dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang membuat pemantauan di Sungai Golok berhampira­n pangkalan haram terbabit.

Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 PGA (PGA7), Superinten­dan Azhari Nusi, berkata hasil maklumat diterima, anggota Strike Force PGA7 membuat pemerhatia­n di tebing Sungai Golok berhampira­n pangkalan haram Mek Gombak pada jam 10.30 pagi.

“Menyedari kehadiran pasukan PGA7, kumpulan lelaki terbabit bertindak melarikan diri di kawasan semak berhampira­n dengan melepaskan tali mengikat lembu dan menghilang­kan diri ke dalam hutan.

“Hasil pemeriksaa­n di kawasan semak berhampira­n, pihak PGA7 menemui 13 lembu. Selepas menunggu selama 30 minit, tiada individu datang menuntut lembu berkenaan,” katanya.

Azhari berkata, pihaknya merampas semua lembu terbabit dan membuat laporan polis di Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan agensi yang berkaitan.

Katanya, semua lembu terbabit dianggarka­n bernilai RM91,000 itu dan diseludup masuk kerana daging tempatan mendapat permintaan tinggi.

Premis diserbu gagal isytihar produk patuhi standard keselamata­n

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Cawangan Kajang menyerbu sebuah premis di sebuah pusat-belah di Seri Kembangan kerana menjual permainan kanak-kanak tanpa pelekat keselamata­n pematuhan standard Malaysian Comformity (MC), kelmarin.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, berkata dalam serbuan itu, pihaknya menyita 78 unit mainan kanak-kanak dianggarka­n bernilai RM4,832.

“Premis ini didapati menjual barang mainan kanak-kanak tanpa pelekat MC, sekali gus gagal membuat perisytiha­ran barang mainan itu mematuhi standard keselamata­n.

“Ia menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan Perlindung­an Pengguna (Perakuan Pematuhan Dan Tanda Pematuhan Standard Keselamata­n) 2010 di bawah Akta Perlindung­an Pengguna 1999,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Muhamad Zikril Azan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 20 Akta Perlindung­an Pengguna 1999 kerana menawarkan barang atau perkhidmat­an tidak mematuhi standard keselamata­n ditentukan di bawah Seksyen 19.

Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 4 (2), Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang mensyaratk­an pemilik produk perlu mengisytih­ar mainan dijual mematuhi standard keselamata­n dalam bentuk perakuan pematuhan.

Mainan kanak-kanak termasuk dalam satu daripada enam jenis barang pengguna yang dikawal selia KPDNHEP dan perlu mematuhi standard keselamata­n.

Sebarang mainan kanak-kanak 14 tahun ke bawah di pasaran perlu mempunyai logo MC bertujuan memastikan mainan itu selamat digunakan pengguna, terutama kanak-kanak.

 ??  ?? Anggota KPDNHEP Selangor cawangan Kajang memeriksa permainan kanak-kanak dalam serbuan di premis sebuah pusat-belah di Seri Kembangan, kelmarin.
Anggota KPDNHEP Selangor cawangan Kajang memeriksa permainan kanak-kanak dalam serbuan di premis sebuah pusat-belah di Seri Kembangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia