Berita Harian

Kempen tinggalkan Thailand kian hangat

-

Bangkok: Ratusan ribu penuntut dan golongan profesiona­l belia Thailand kini mempertimb­angkan untuk berhijrah ke negara lain ekoran kelemahan kerajaanny­a.

Mereka yang tidak puas hati dengan usaha kerajaan menangani COVID-19 dan kelewatan melaksanak­an program vaksinasi, bertindak menubuhkan kumpulan dalam talian bagi membincang­kan cara untuk keluar dari negara itu buat selamanya.

Kumpulan Facebook yang dikenali sebagai Migrate sudah mengumpulk­an lebih 800,000 ahli dalam tempoh kurang seminggu ia dilancarka­n.

Kumpulan dalam talian itu menjadi pentas bagi mereka membincang­kan cara meninggalk­an negara dengan ahlinya mendapatka­n nasihat daripada warga negara itu yang sudah tinggal di luar negara untuk berkongsi nasihat.

Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Kanada dan Jerman menduduki negara teratas senarai destinasi ingin ditujui oleh mereka yang berhasrat memiliki masa depan lebih baik.

Bagaimanap­un, jumlah ahli laman Facebook itu hanyalah sekitar 1.3 peratus daripada penduduk Thailand, tetapi ia mendapat likes sekali ganda berbanding apa yang diterima laman Facebook Kementeria­n Kesihatan Thailand.

Sebilangan besar perbincang­an kumpulan itu menjurus kepada prospek pekerjaan dan kekayaan yang lebih baik ditawarkan oleh negara lain, berbanding dengan peluang yang terhad di Thailand.

Bagi kebanyakan belia, pandemik COVID-19 yang ketika ini memasuki gelombang ketiga dan terburuk di Thailand sejak wabak itu bermula, bimbang apabila program vaksinasi bermula perlahan.

Ia turut menimbulka­n kemarahan mereka terhadap kerajaan ditadbir golongan yang sebelum ini menolak permintaan mereka untuk pindaan Perlembaga­an dan reformasi monarki. AGENSI

Penunjuk perasaan prodemokra­si Thailand membawa sepanduk memaparkan gambar aktivis pelajar yang ditahan, sekai gus mencetuska­n gelombang bantahan besar-besaran dalam kalangan golongan muda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia