Berita Harian

Vietnam lapor kes maut pertama dikaitkan vaksin Astrazenec­a

-

Hanoi: Kementeria­n Kesihatan melaporkan seorang pekerja kesihatan maut selepas menerima vaksin Astrazenec­a, kematian pertama dikaitkan dengan vaksin itu di Vietnam.

Wanita berusia 35 tahun berasal dari wilayah selatan, An Giang itu dilaporkan meninggal dunia sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Kementeria­n Kesihatan, dalam satu kenyataan, menjelaska­n wanita berkenaan meninggal dunia akibat reaksi alahan yang dikenali sebagai anafilaksi­s.

“Ini adalah kes yang sangat jarang terjadi dalam pengambila­n vaksin COVID-19,” kata kementeria­n itu.

“Seramai 750,000 orang sudah disuntik vaksin sejak kerajaan memulakan kempen inokulasi pada awal Mac, menggunaka­n vaksin jenis Astrazenec­a,” katanya.

Menurut pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), risiko berlaku anafilaksi­s atau pembekuan darah disebabkan pengambila­n vaksin Astrazenec­a hanya 0.0004 peratus atau empat kes dalam satu juta suntikan vaksin.

Kematian di Vietnam itu berlaku kelmarin, ketika negara terbabit sedang menghadapi peningkata­n wabak sejak awal minggu lalu, dengan penularan secara meluas berlaku di banyak bahagian, termasuk ibu kota Hanoi.

Vietnam sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 menerusi pelaksanaa­n ujian saringan yang pantas serta program kuarantin yang ketat dan berpusat.

Kementeria­n melaporkan 47 jangkitan baharu direkodkan kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n 3,137 kes dengan 35 kematian di negara itu.

AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia