Berita Harian

Kematian harian India lebih 4,000

-

Proses pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India.

414,188 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam

New Delhi: India buat pertama kali merekodkan lebih 4,000 kematian dalam sehari akibat jangkitan COVID-19, dengan semakin ramai kakitangan barisan hadapan turut menjadi mangsa.

Menurut data rasmi kerajaan, 4,187 kematian baharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruha­n 238,270 kematian sejak pandemik itu melanda negara terbabit.

Sebanyak 414,188 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah hampir 21.9 juta bagi keseluruha­n kes.

Namun, pakar meragui angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi berikutan kesukaran menjalanka­n ujian kerana sistem kesihatan hampir lumpuh dan meramalkan India mungkin hanya mencapai kemuncak pendemik akhir bulan ini.

Walaupun keadaan di bandar besar di New Delhi dan Mumbai kini stabil selepas penghantar­an bekalan oksigen selain katil hospital, wabak itu kini menular dengan pantas di negeri sebelah selatan serta kawasan luar bandar.

Karnataka, yang juga pusat utama teknologi maklumat di Bangalore, sudah diarahkan tutup selama dua minggu sejak Isnin lalu dalam usaha kerajaan mengekang penyebaran virus.

Bangalore, yang menyaksika­n 1,907 kematian akibat COVID-19 pada April mencatatka­n 950 kematian dalam tempoh tujuh hari pertama bulan ini.

Kekurangan bekalan oksigen dan katil rawatan, dikatakan menjadi punca utama kepada kenaikan kadar kematian secara mendadak.

Kes kematian juga meningkat di Bengal Barat, selain bandar utama, Kolkata, turut mengalami kekurangan bekalan oksigen dan katil.

Kini, terdapat tanda bahawa penularan COVID-19 di India, yang pendudukny­a membentuk 18 peratus daripada keseluruha­n penduduk dunia, sudah merebak ke negara jirannya. AFP

 ?? (Foto AP) ??
(Foto AP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia