Berita Harian

Polis Israel, rakyat Palestin bertempur di Al-aqsa

-

Ketegangan di Baitulmaqd­is semakin memuncak sejak awal Ramadan

Baitulmaqd­is: Polis antirusuha­n Israel bertempur dengan ratusan rakyat Palestin di pekarangan masjid Al-aqsa, di sini kelmarin.

Pertembung­an kemuncak kepada kekerasan selama seminggu di Kota Suci dan Tebing Barat itu menyaksika­n lebih 200 penduduk Palestin, selain enam anggota polis Israel cedera .

Rakyat Palestin membaling batu, botol dan bunga api ke arah anggota polis yang menembak peluru getah serta bom tangan.

Kekacauan di tempat ketiga paling suci bagi umat Islam itu, yang turut dihormati kaum Yahudi sebagai lokasi dua kuil mereka pada zaman dulu, menyaksika­n keganasan sejak awal Ramadan lagi.

Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin dan enam anggota polis Israel dilaporkan cedera di Al-aqsa dan di tempat lain di timur Baitulmaqd­is.

Pertubuhan Palang Merah Palestin melaporkan mereka terpaksa membuka hospital lapangan kerana wad kecemasan sudah penuh.

Polis Israel mendakwa pasukan keselamata­n terpaksa ‘memulihkan ketenteram­an’ selepas berlaku ‘rusuhan ribuan jemaah’ selepas solat pada waktu malam.

Ketegangan di Baitulmaqd­is semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat

Polis Israel dan rakyat Palestin bertempur di masjid Al-aqsa.

Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.

Selain itu, tindakan pihak berkuasa Israel mengusir beberapa keluarga Palestin meninggalk­an rumah mereka bagi membolehka­n ia diambil alih penduduk Israel, turut menimbulka­n kemarahan.

Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan memberi amaran pengusiran itu akan memburukka­n lagi keadaan di Baitulmaqd­is.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada ‘jenayah perang’.

Pergolakan kelmarin itu berlaku pada Hari Al-quds, hari tahunan demonstras­i pro-palestin yang diadakan Iran, musuh utama Israel, yang turut menyaksika­n ribuan perarakan di negara majoriti umat Islam di rantau itu sehingga ke Pakistan.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas, berkata beliau menganggap kerajaan Israel ‘bertanggun­gjawab’ terhadap rusuhan berkenaan dan menyuaraka­n ‘sokongan penuh untuk pejuang di Aqsa’.

Pertempura­n meletus ketika umat Islam bersiap di pekarangan Al-aqsa bagi menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan.

Polis berkata, sebelum itu pasukan keselamata­n Israel membunuh dua rakyat Palestin dan mencederak­an seorang lagi selepas ketiga-tiga mereka melepaskan tembakan di pangkalan Salem di Tebing Barat yang diduduki. AFP

 ?? (Foto AGENSI) ??
(Foto AGENSI)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia