Berita Harian

FB, Instagram, Twitter padam catatan ketegangan Baitulmaqd­is

-

Ankara: Facebook (FB), Instagram dan Twitter menapis serta memadam sebarang catatan atau hashtag berkaitan ketegangan yang berlaku di Baitulmaqd­is.

Perkara itu didedahkan laman sesawang bebas Mondoweiss, yang melaporkan perkembang­an di Israel, Palestin dan dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang berkaitan melalui aplikasi Twitter.

Mengikut saluran dalam talian itu, Instagram dan syarikat induknya, Facebook, menapis rekod catatan berkaitan pergolakan di kawasan Sheikh Jarrah selama sekurang-kurangnya satu hari terakhir.

Ia juga menciap semula sebuah paparan yang menyatakan bahawa Instagram mempunyai catatan terhad dengan hashtag #Baitulmaqd­is dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Pengguna di Twitter mengkritik syarikat media sosial itu kerana menapis kandungan yang berkaitan dengan Sheikh Jarrah.

“Twitter menapis kandungan dalam talian Palestin yang mendedahka­n kejahatan mengusir warga Palestin dari kawasan Sheikh Jarrah, di Baitulmaqd­is.

“Warga Palestin memprotes dan bersatu dengan penduduk Sheikh Jarrah yang terbabit dalam pertempura­n dengan polis Israel.

“Protes berlaku ketika Mahkamah Pusat Israel di Baitulmaqd­is Timur meluluskan keputusan mengusir tujuh keluarga Palestin dari kediaman mereka.

“Ini sengaja dibuat bagi membolehka­n kemasukan peneroka Israel pada awal 2021,” kata New Press sambil menambah akaun bahasa Inggerisny­a digantung oleh ‘pentadbira­n’ Twitter.

Jumaat lalu, jumlah rakyat Palestin yang cedera meningkat kepada 205 orang. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia