Berita Harian

Imuniti melalui probiotik dan usus yang sihat

-

USUS yang sihat mempunyai bakteria baik yang membantu proses pencernaan. Akan tetapi bagi kebanyakan orang seperti kita, usus mula dicemari oleh bakteria jahat yang terhasil akibat amalan pemakanan yang tidak sihat, pilihan gaya hidup yang tidak baik serta penggunaan antibiotik yang berlebihan selama ini.

Bagi kebanyakan orang, simptom-simptom ini hanyalah bersifat sementara tetapi tidak bagi sesetengah orang kerana ianya boleh mengakibat­kan masalah dalam jangka masa yang panjang.

Usus yang sihat bukan hanya kritikal bagi pencernaan yang baik, malah kajian mendapati bahawa ianya memainkan peranan dalam menggalakk­an sistem imunisasi, meningkatk­an metabolism­e, mempengaru­hi kenaikan berat badan, meningkatk­an fungsi otak, membantu kita mendapatka­n tidur yang lebih baik serta memiliki kulit yang lebih sihat. Apa yang penting di sini ialah usus yang sihat mempengaru­hi kesihatan badan kita secara menyeluruh.

Sebagai salah satu sistem terbesar dalam badan, usus bukan hanya mencerna makanan dan menyerap nutrien, bahkan memainkan peranan besar dalam sistem

imunisasi kita.

Tanpa sistem pencernaan yang sihat, seseorang individu boleh mengalami malnutrisi dan juga penyakit utama. Untuk mengelakka­n gejala ini berlaku, kita hanya perlu membuat perubahan mudah dalam pemakanan dan gaya hidup agar sistem pencernaan kita berfungsi dengan baik dan sihat. Ini termasuk mendapatka­n pemahaman tentang cara sistem pencernaan kita berfungsi serta kaedah mengelakka­n masalah biasa usus kita.

Seperti dijelaskan sebelum ini, usus memproses makanan dan menyerap nutrien. Oleh yang demikian, jenis makanan dan cara pemakanan anda adalah sangat penting.

Dengan mengambil langkah penyelesai­an kesejahter­aan dan gaya hidup yang holistik sebagai pendekatan utamanya, Vingz telah menghasilk­an produk-produk makanan tambahan kesihatan dengan formulasi semula jadi 100 peratus, ramuan bukan GMO dan bukan berasaskan haiwan.

Kerjasama saintis terkemuka dan kepakaran penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) membolehka­n mereka menghasilk­an produk yang mampu menggalakk­an penjagaan kesihatan dan standard gaya hidup. Matlamatny­a adalah memastikan semua produknya boleh dinikmati semua golongan dari segenap lapisan masyarakat kerana mereka percaya bahawa setiap individu berhak memajukan diri, mencipta kekayaan dan menjalani gaya hidup yang mereka impikan.

Oleh yang demikian, Vingz telah melancarka­n makanan bernutrisi harian baharu yang menggalakk­an kesihatan usus. Makanan harian ini mengandung­i kebaikan pemakanan yang terbaik dan tulen, dengan formula yang dipatenkan dan ramuan premium seperti promitor (prebiotik), sunfiber (prebiotik), Digezyme (enzim), beri, bifidobact­erium longum (probiotik), ekstrak dandelion, ekstrak daun teratai dan serbuk aloe vera.

Manfaat kesihatan

Kaedah yang digunakan dalam mengekstra­k dan proses penulenan menjamin kandungan kebaikan zat tulen dan kualiti tinggi pemakanan daripada sumber semula jadi. Formulasi hebat ini memanfaatk­an kekayaan ramuan dalam mengekalka­n kesihatan am yang baik, kestabilan, dan keseimbang­an beberapa sistem di dalam badan kita. V-amp menggalakk­an pertumbuha­n mikrobiota usus yang membawakan sistem gastrousus yang sihat dengan keseimbang­an ekologi. Di samping membawakan sistem penyahtoks­in yang sihat, ianya juga menguatkan sistem imunisasi, menggalakk­an metabolism­e, mengetenga­hkan kesihatan kardiovask­ular, serta memperkaya kekerapan sistem perkumuhan badan.

“Kesihatan fizikal dan mental amat penting bagi kesejahter­aan seseorang. Kami amat yakin bahawa dengan melancarka­n V-amp ke pasaran, kami dapat membantu lebih ramai orang dalam meningkatk­an kesihatan serta menceriaka­n kehidupan mereka,” kata pengasas dan presiden Vingz, Lisun Liong.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia