Berita Harian

Zalif Sidek kahwin gadis pilihan keluarga

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@ bh.com.my

Jodoh sukar diramal dan menjadi rahsia Allah. Siapa sangka, akhirnya jodoh diatur ibu bapa juga ‘melekat’ buat pelakon, Zalif Sidek, 36.

Mungkin ramai melemparka­n pandangan spektikal, masih adakah jodoh dicari keluarga pada era digital ini?

Bagi Raja, tidak kisah kembali semula pada zaman datuk nenek dahulu. Apa yang penting, bertemu dengan pasangan serasi dan sehati sejiwa. Jika bercinta bagai nak rak pun, tetapi tidak serasi, buang masa...

Sempat berbual panjang dengan Zalif, pelakon Mimaland itu beritahu Raja, dia sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai ketua keluarga. Lebih lagi, apabila bertemu dengan pasangan dicari, Anis Marzuki, 28, yang mempunyai perniagaan sendiri.

“Arwah bapa dan ibu tertarik dengan sikap Anis. Dia berkawan dengan sepupu saya.

“Sepupu pernah membawa Anis pulang ke rumah saya.

Dari situ, ibu dan arwah bapa mengenalin­ya.

“Anis pula jenis ringan tulang, suka membantu ibu di dapur, lagilah orang tua saya suka dengan keperibadi­annya.

“Saya akui, sepanjang pencarian, saya tak bertemu gadis seperti Anis, tetapi Alhamdulil­lah, inilah gadis yang terbaik pernah ditemui.

“Saya tertarik sikap keibuan dan bertanggun­gjawab. Anis pandai memasak, berdikari dan boleh cari duit sendiri tanpa bergantung dengan keluarga,” katanya.

Zalif beritahu Raja, situasi pandemik COVID-19 menyukarka­nnya dan keluarga menghantar rombongan meminang ke Kuantan, Pahang.

“Bagaimanap­un, saya tetap mahu menghantar rombongan merisik, Aidilfitri ini. Saya mahu bawa keluarga bertemu keluarga Anis. Insya-allah, saya merancang mendirikan rumah tangga sebelum hujung tahun ini.

“Saya sudah berjanji dengan keluarga, sebelum hujung tahun naik pelamin,” katanya.

Apapun, seronok mendengar cerita Zalif. Ingat, jangan tunggu lama-lama jika hati sudah berkenan.

 ?? Anis Marzuki ??
Anis Marzuki
 ?? Zalif Sidek ?? RAJA:
Sambut Aidilfitri di Kuala Lumpur lagi. Rindu kampung halaman...
Zalif Sidek RAJA: Sambut Aidilfitri di Kuala Lumpur lagi. Rindu kampung halaman...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia