Berita Harian

Salah dalam radar Chelsea

-

London: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memasukkan Mohamed Salah dalam senarai tiga pemain sasaran The Blues.

Bintang Liverpool berusia 28 tahun itu menyertai Romelu Lukaku dan Erling Haaland dalam radar Chelsea menjelang jendela perpindaha­n musim panas nanti.

Salah pernah menyertai Chelsea dari Basel pada Januari 2014 tetapi kurang menyerlah di Stamford Bridge.

Dia hanya melakukan 19 penampilan dalam semua pertanding­an dan menjaringk­an dua gol - sebelum menyertai Fiorentina dan dipinjamka­n ke Roma.

Perpindaha­nnya ke Roma ditukar menjadi tetap pada 2016 tetapi setahun kemudian Liverpool membawanya kembali ke England.

Pemain Mesir itu mula menunjukka­n taringnya dengan meledak 123 gol dalam 198 penampilan bersama The Reds.

Walaupun khabar angin mengatakan Salah akan meninggalk­an Anfield, Liverpool pasti tidak akan melepaskan­nya kepada Chelsea dengan mudah memandangk­an kontraknya berakhir pada 2023. AGENSI

Callum Wilson (dua dari kanan) menjaringk­an gol ketiga Newcastle ketika menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

London: Newcastle United merencatka­n misi Leicester City memburu tiket ke Liga Juara-juara Eropah musim depan dengan kemenangan 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, semalam.

Leicester yang berada di tangga ketiga, kini hanya dua mata mengatasi Chelsea dan lima di depan West Ham, dengan kedua-dua lawannya itu bermain kurang satu perlawanan.

Joe Willock, pemain pinjaman dari Arsenal, meletakkan Newcastle di depan pada minit ke-22 untuk melebarkan rekod jaringanny­a kepada empat perlawanan berturut-turut dalam aksi liga bersama The Magpies.

Pelawat menambah jaringan sebelum rehat menerusi Paul Dummet dan Callum Wilson memastikan kemenangan dengan dua gol di babak kedua.

Marc Albrighton dan Kelechi Iheanacho turut menemui sasaran untuk Leicester dalam tempoh 10 minit terakhir permainan.

Leicester, yang berdepan Chelsea pada final Piala FA minggu depan, kini berisiko terlepas kelayakan Liga Juara-juara sekali lagi selepas mereka tercicir dari kelompok empat teratas pada hari terakhir musim lalu.

Baki tiga perlawanan liga mereka adalah menentang pasukan dalam kelompok enam teratas, dengan anak buah Brendan Rodgers bertandang ke Manchester United pada Selasa sebelum berdepan Chelsea dan Tottenham selepas aksi final Piala FA di Wembley.

“Kami kurang tumpuan dan jika anda melakukann­ya ketika berdepan pasukan kuat dan pemain yang bagus, mereka akan menghukum kamu,” kata Rodgers.

Benteng Leicester dilihat terjejas selepas Jonny Evans cedera ketika memanaskan badan.

Newcastle pula kini 12 mata di atas zon penyingkir­an dan akan kekal untuk saingan Liga Perdana Inggeris musim depan sekiranya Fulham gagal menewaskan Burnley Isnin ini.

“Beberapa serangan balas amat menakjubka­n, saya gembira dengan kemenangan ini,” kata pengendali Newcastle Steve Bruce. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia