Berita Harian

Penyokong Perak kecam bendera dikibar separuh tiang

-

Dua bendera Perak dikibarkan separuh tiang di Stadium Perak, malam tadi ketika pemain memboikot latihan.

Pemain The Bos Gaurus boikot latihan malam kelmarin

Kuala Lumpur: Ketika timbul khabar angin mengenai isu pemain Perak FC memboikot sesi latihan di Stadium Ipoh malam kelmarin, timbul pula isu lain yang tampak mencetuska­n kemarahan penyokong The Bos Gaurus.

Ini selepas gambar yang memaparkan dua bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang di Stadium Perak, berhampira­n pemain The Bos Gaurus melakukan tindakan boikot menjadi tular di media sosial di mana senario itu sering kali membawa maksud untuk berkabung.

Malah, penyokong Perak FC juga tidak bersetuju dengan tindakan terbabit yang disifatkan sebagai tidak bertanggun­gjawab.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook ‘Perak Power’, laman terbabit turut mengecam tindakan mengibarka­n bendera negeri Perak itu secara separuh tiang.

“Nak marah pengurusan marah le. Janganle sampai bendera kome turunkan separuh tiang. Lain isu nye nanti,” kata laman terbabit.

Menjengah komen pelayar Internet, majoritiny­a juga berpandang­an sama dengan Jaff de Vasco berkata ‘Jgn marahkan nyamuk kelambu dibakor Yop... keras kalau bendera turun separuh ni... semoga dipermudah­kan urusan Perak FC.’

Sementara itu, Firdaus Kamarudin pula berkata ‘tak payah la turun bendera separuh tiang..ada sebab je yg di bolehkan turun separuh tiang.’

Terdahulu, pemain turut dikatakan memboikot sesi latihan yang sepatutnya berlangsun­g malam kelmarin selepas mereka difahamkan tidak berpuas hati dengan tunggakan gaji yang sedang dihadapi mereka.

Bagaimanap­un, sumber berkata pengurusan akan mengadakan perbincang­an dengan pemain untuk meredakan sedikit ketegangan yang berlaku susulan masalah terbabit.

Kuantan: Selepas Manuel Hidalgo menunjukka­n taringnya pada aksi sulung menentang Selangor Rabu lalu, peminat Sri Pahang sudah tentu tidak sabar menyaksika­n kelibat penyerang baharu, Aung Kaung Mann.

Penantian peminat skuad Tok Gajah dijangka berakhir malam ini apabila ketua jurulatih, Dollah Salleh mengesahka­n akan menyenarai­kan penyerang Myanmar itu ketika aksi menentang Perak di Stadium Perak, malam ini.

Penyerang berusia 23 tahun itu tidak dapat beraksi ketika Pahang mengikat Selangor 2-2 Rabu lalu kerana belum mendapat sijil perpindaha­n antarabang­sa (ITC).

Justeru, Dollah akan meletakkan Kaung Mann di bahagian serangan sambil dibantu Manuel Hidalgo dan Abdul Malik Mat Ariff.

“Saya lihat tiga pemain ini menunjukka­n persefaham­an dan sudah pasti mereka akan digandingk­an untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan.

“Saya harap prestasi yang dipersemba­hkan ketika seri berdepan Selangor memberi semangat buat semua pemain untuk mempamerka­n prestasi lebih baik,” kata Dollah.

Selepas 12 perlawanan, Sri Pahang kekal berada di kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengutip sembilan mata.

Namun, kehadiran empat pemain baharu dilihat akan membantu skuad Tok Gajah untuk mengelak daripada berada di zon penyingkir­an.

Lebih-lebih lagi, aksi mantap sememangny­a ditagih daripada Kaung Mann, Hidalgo, Abubakar Yakubu, Kenny Anthiu, Herold Goulon serta semua pemain Sri Pahang.

Kaung Mann bakal beraksi bersama Sri Pahang menentang Perak malam ini.

 ?? (Foto FB Perak Power) ??
(Foto FB Perak Power)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia