Berita Harian

Usah ghairah ‘salin kulit‛ ulang kesilapan lalu

-

Kuala Lumpur: Jangan ulangi kesilapan lalu!

Demikian saranan daripada pemerhati bola sepak tempatan, Dr Zulakbal Ab Karim ketika diminta mengulas mengenai keghairaha­n beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang ketika ini sedang giat mendapatka­n pemain import baharu buat pasukan masingmasi­ng.

Jelas Zulakbal yang juga Tenaga Pengajar Elit Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) itu, jendela perpindaha­n sememangny­a tempoh yang terbaik untuk pasukan ‘bersalin kulit’ apatah lagi buat pasukan yang ketika ini sedang bergelut untuk mendapatka­n rentak permainan.

“Kita lihat beberapa pasukan yang rancak membuat pertukaran ini adalah pasukan yang belum lagi mendapat rentak sepanjang pusingan pertama Liga M. Mungkin mereka berpendapa­t perlu menukar pemain untuk mendapatka­n keputusan lebih baik.

“Tetapi saya mengharapk­an peluang ini tidak disiasiaka­n dan mereka perlu bijak mendapatka­n pemain yang diyakini dapat membantu melonjakka­n prestasi mereka. Jangan pula mereka membuang pemain yang teruk tetapi yang masuk pun tidak dapat berfungsi.

“Mereka harus belajar daripada apa yang mereka dapat pada pusingan pertama dan pengajaran itu digunakan untuk mereka membentuk pasukan yang lebih mantap sebelum mengharung­i baki kempen musim ini,” katanya.

Ketika ini, beberapa pasukan dilihat sudah menandatan­gani beberapa pemain baharu khususnya dari segi import seperti Sri Pahang FC (SPFC), UITM FC dan juga Perak FC.

Skuad Tok Gajah umpamanya ‘memborong’ empat pemain import baharu sementara UITM FC dijangka mengikat tiga pemain import baharu manakala Perak FC mengikat bekas penyerang UITM FC, Nana Poku.

Pada masa sama, Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu menjangkak­an pertukaran pemain akan memberi kesan kepada persiapan pasukan khususnya daripada segi keserasian.

“Dengan adanya pemain baharu, pasti barisan kejurulati­han perlu mengemas kini strategi dan juga memerlukan masa untuk mencipta keserasian antara pemain baharu dan pemain sedia ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia