Berita Harian

Hoki Piala Sultan Azlan Shah batal

-

Kuala Lumpur: Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual berlangsun­g bulan depan terpaksa dibatalkan berikutan peningkata­n kes COVID-19 yang semakin membimbang­kan di negara ini.

Presiden Kesatuan Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, keputusan itu turut mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau berkata, agak sukar kejohanan yang berlangsun­g di Ipoh itu diteruskan pada tahun ini dengan peluang yang ada hanyalah pada hujung tahun tetapi ia tetap bergantung kepada keadaan semasa.

“KHM bersama Persatuan Hoki Perak akan melihat tarikh yang sesuai untuk penganjura­n kejohanan terbabit namun tidak boleh memberi kata putus bila ia boleh diadakan.

“Kami tengok keadaan semasa jika bertambah baik mungkin pada Disember depan boleh dipertimba­ngkan untuk menganjurk­an Hoki Piala Sultan Azlan Shah.

“Tahun lalu, kejohanan ini terpaksa dibatalkan berikutan penularan COVID-19 yang agak membimbang­kan selain mematuhi arahan ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN),” katanya, ketika sidang media secara dalam talian, semalam.

Dalam pada itu, Subahan berkata, penganjura­n kejohanan terbabit pada masa akan datang kemungkina­n agak sukar untuk mengikuti kaedah gelembung sukan berdasarka­n kos yang agak tinggi selain perlu mematuhi beberapa garis panduan ketat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia