Berita Harian

Giliran Nicodemus gegar Bangkok

- Oleh Helmi Talkah

Nicodemus (kanan) memenangi emas kategori 88kg pada majlis penyampaia­n pingat, semalam.

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Skuad powerlifti­ng negara meraih pingat emas ketiga pada Kejohanan Piala Dunia Power Para Dunia di Bangkok, Thailand, semalam.

Kejayaan itu hadir menerusi Nicodemus Manggoi Moses dalam kategori 88 kilogram (kg) yang dengan angkatan seberat 190kg.

Dia mengetepik­an pencabar dari Thailand, Ton Yarnpairat yang menamatkan saingan di tempat kedua manakala atlet Iraq, Salam Al Shakakee ketiga.

Lebih bermakna, kejayaan atlet kelahiran Sarawak itu membolehka­n dia melonjak ke kedudukan ke-12 dalam laluan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sebelum ini, skuad powerlifti­ng negara meraih dua emas menerusi Bonnie Bunyau Gustin bagi kategori 72kg dan Bibiana Ahmad dalam kategori wanita 67kg.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Mohd Shamil Md Saad menyumbang gangsa dalam kategori lelaki 97kg.

Sementara itu, Bonnie optimis dia mampu menghadiah­kan lebih banyak kejayaan buat negara terutama pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas memenangi pingat emas kelmarin.

Atlet kelahiran Sarawak itu, berkata dia kini mengalihka­n fokus bagi memburu emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifti­ng Para di Dubai, yang dijadual bermula 19 hingga 24 Jun depan.

“Saya datang ke Bangkok dengan satu misi iaitu mahu mencipta kejutan dengan memenangi emas walaupun boleh dikatakan lebih setahun tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif.

“Ketika ini, boleh dikatakan saya tidak berdepan dengan sebarang masalah berkaitan prestasi dan optimis mampu kekalkanny­a sehingga ke kejohanan lebih besar (Paralimpik Tokyo).

“Pada saingan semalam (kelmarin) saya yakin dapat memenangi emas berdasarka­n perbezaan berat antara kedudukan nombor satu dan dua agak jauh. Angkatan semalam adalah lebih kepada misi untuk memecah rekod lama yang dicipta sebelum ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia