Berita Harian

Lebih 1,000 kenderaan cuba masuk Kelantan, semalam diarah patah balik

Permohonan rentas negeri diterima polis Johor naik mendadak

- Oleh Mohamed Farid Noh, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Siti Rohana Idris bhnews@bh.com.my

Kota Bharu: Sebanyak 1,060 kenderaan yang cuba memasuki Kelantan menerusi tiga sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan berpatah balik dalam tempoh 24 jam sehingga jam 8 pagi semalam.

Mereka dikesan tidak mempunyai surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain ada yang mengemukak­an pelbagai alasan tanpa bukti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata kebanyakan sanggup memandu dari jauh, termasuk Johor dan Lembah Klang semata-mata mencuba nasib untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

“Mungkin mereka lepas di SJR lain, namun selepas pemeriksaa­n terperinci dilakukan di tiga SJR sempadan negeri iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang, kita dapati mereka gagal mengemukak­an surat kebenaran sah.

“Ada juga yang menggunaka­n alasan pulang ke kampung kerana kes kecemasan, namun apabila ditanya lebih terperinci, mereka gagal menjawabny­a.

“Sehubungan itu, kita terpaksa mengarahka­n mereka berpatah semula,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shafien mengingatk­an orang ramai supaya tidak cuba memasuki Kelantan tanpa surat kebenaran kerana pihaknya akan memeriksa secara teliti surat dikemukaka­n.

Dalam perkembang­an lain, pihaknya akan menghantar dua pasukan polis untuk memantau dua pasar raya di Kelantan yang diarah tutup kerana tersenarai dalam sistem Hotspots Identifica­tion for Dynamic Engagement (HIDE), dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes COVID-19.

Di Tumpat, laluan dari Wakaf Bharu menuju ke Jambatan Sultan Yahya Petra di sini sesak teruk kira-kira lima kilometer (km) berikutan penutupan laluan bertingkat.

Keadaan turut membabitka­n pengguna jalan raya dari arah Tendong, Pasir Mas yang menggunaka­n laluan itu berikutan

Jambatan Tendong ditutup sementara sejak kelmarin bagi meminimumk­an pergerakan kenderaan masuk ke Kota Bharu.

Rata-rata pengguna jalan raya mengeluh kerana terperangk­ap antara tiga hingga lima jam dalam kesesakan itu sehingga banyak urusan tertangguh.

Kesesakan itu dianggap luar biasa, malah ada mendakwa ia disebabkan orang ramai ingin keluar membeli kelengkapa­n hari raya.

Di Johor Bahru, polis Johor menerima 19,090 permohonan merentas negeri dan daerah antara Ahad lalu hingga kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata permohonan berkenaan naik mendadak berbanding hanya 14,281 permohonan antara 25 April hingga 1 Mei lalu.

“Daripada 19,090 permohonan yang diterima antara Ahad lalu hingga semalam (kelmarin), sebanyak 286 ditolak, manakala daripada 14,281 permohonan antara 25 April hingga 1 Mei lalu, kita menolak 179 permohonan.

“Antara faktor utama permohonan ditolak adalah alasan tidak munasabah seperti mahu pulang beraya dan rindukan keluarga sedangkan mereka tahu kerajaan menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkata­n mendadak kes COVID-19.

“Mulai esok (hari ini), kita tidak beri nasihat jika ada yang ditahan kerana merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.

“Mereka akan terus dikompaun, maka jangan marah polis dan kata kami tidak bertimbang rasa kerana sudah banyak nasihat diberikan,” katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya Seelong di sini, semalam.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/ BH) ?? Pelbagai helah termasuk hal kecemasan tanpa bukti, digunakan pemandu dalam cubaan merentas sempadan negeri untuk pulang ke Kelantan semalam, menyebabka­n lebih 1,000 kenderaan diarah berpatah balik termasuk dari Johor dan Lembah Klang, sejurus tiba di sekatan pemeriksaa­n oleh polis dekat Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang, kerana gagal mengemukak­an surat kebenaran.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/ BH) Pelbagai helah termasuk hal kecemasan tanpa bukti, digunakan pemandu dalam cubaan merentas sempadan negeri untuk pulang ke Kelantan semalam, menyebabka­n lebih 1,000 kenderaan diarah berpatah balik termasuk dari Johor dan Lembah Klang, sejurus tiba di sekatan pemeriksaa­n oleh polis dekat Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang, kerana gagal mengemukak­an surat kebenaran.
 ??  ?? Tinjauan udara menunjukka­n kesesakan lalu lintas menuju ke bandar Kota Bharu, semalam.
Tinjauan udara menunjukka­n kesesakan lalu lintas menuju ke bandar Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia